June 2014

Al-Syama'il: Bab 02. Khatam Nubuwah (8 Hadis)

Saib bin Yazid berkata: Makcikku mengajak aku bertemu dengan Rasulullah. Kemudian, makcikku berkata, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya anak saudaraku (iaitu as-Sa’ib bin Yazid) sedang sakit.” Rasulullah mengusap kepalaku lalu mendoakan keberkatan untukku. Sesudah itu, Baginda s.a.w. mengambil wuduk, dan aku meminum air bekas wuduknya lalu berdiri di belakang badan Baginda s.a.w.

Dr Abdul Basit: Perkara Yang Membatalkan & Yang tidak Membatalkan Puasa

Info Audio Video: 
Mengandungi 5 video penjelasan Dr Abdul Basit yang membahaskan perkara-perkara yang membatalkan dan yang tidak membatalkan puasa. Semua yang diterangkan adalah perkara-perkara yang memang kita ingin tahu mengenainya. Dan ia berlaku di sekeliling kita,
Deskripsi: 

Mengandungi 5 video penjelasan Dr Abdul Basit yang membahaskan perkara-perkara yang membatalkan dan yang tidak membatalkan puasa. Semua yang diterangkan adalah perkara-perkara yang memang kita ingin tahu mengenainya. Dan ia berlaku di sekeliling kita, antaranya ialah:

  • Penggunaan inhaler, accuhaler dan turbuhaler untuk pesakit Asthma
  • Pil yang diletakkan di bawah lidah untuk pesakit jantung
  • Masuk ke rongga sesuatu yang bukan makanan
  • Pemeriksaan menggunakan endoscope
  • Ubat titis hidung
  • Ubat titis mata
  • Ubat titis telinga
  • Penggunaan gas oksigen
  • Bius setempat dan bius menyeluruh
  • Suntikan ubat pada kulit, otot dan urat
  • Suntikan makanan
  • Penggunaan minyak dan ubat sapu
  • Memasukkan tiub ke saluran jantung
  • Hemodialysis
  • Dan banyak lagi...