SJ – 2642 : MENYAPU MUKA SELEPAS SALAM ( SEMBAHYANG )

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2642 : MENYAPU MUKA SELEPAS SALAM ( SEMBAHYANG )

Apakah dalil tentang perbuatan mengusap muka selepas salam?

Re: SJ – 2642 : MENYAPU MUKA SELEPAS SALAM ( SEMBAHYANG )


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2642 : MENYAPU MUKA SELEPAS SALAM ( SEMBAHYANG )

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Dr. AnakAyub yang menaruh kepercayaan kepada kami untuk menjawab soalan ini . Kami juga memohon maaf drp saudara di atas ketidak mampuan kami menjawab soalan saudara dengan segera .

Berikut ini adalah dalil-dalil amalan meraut , mengusap , menyapu muka selepas selesai memberi salam di dalam sembahyang dan dinyatakan juga komentar terhadap dalil-dalil tersebut :

{ 1 } ~ Hadis bersumber daripada Saidina Anas Bin Malik r.a , katanya :


ßÇä ÅÐÇ Õáì ãÓÍ ÈíÏå Çáíãäì Úáì ÑÃÓå æ íÞæá: ÈÓã Çááå ÇáÐí áÇ Åáå ÛíÑå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã¡ Çááåã ÃÐåÈ Úäí Çáåã æ ÇáÍÒä

Ertinya : “ Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya, baginda s.a.w menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya kemudian baginda berkata: Dengan nama Allah yang tiadalah Tuhan melainkan Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani . Ya Allah, hindarkan daripadaku kedukaan dan kesedihan “ ~ (HR Imam at-Thabrani rh )

ULASAN TERHADAP HADIS INI :

Status hadis ini ialah : TERLALU LEMAH ( Dho’ief Jiddan ) .

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam at-Thobrani rh di dalam “ al-Awsot “ ( ms 451 ~ Edisi Makkah al-Mukrramah ) dan juga oleh al-Imam al-Khotib rh ( 12 / 480 ) daripada Katsir Bin Salim Abi Salamah . Katsir inilah penyebab hadis ini berstatus terlalu lemah .

Al-Imam al-Bukhari rh dan al-Imam Abu Hatim rh menuduh Katsir ini sebagai seorang rawi yang : MUNKAR .

Al-Imam an-Nasaie rh dan al-Imam al-Uzdi rh menuduh Katsir ini sebagai seorang yang : MATRUK .

Katsir ini turut sama dituduh dengan berbagai tuduhan yang menyebabkan kita tidak dapat mempercayai kata-katanya .

Hadis seperti ini turut sama diriwayatkan oleh al-Imam as-Suyuthi rh di dalam “ al-Jami’e “drp al-Imam al-Khatib rh .

Diriwayatkan juga oleh al-Imam Ibnu Sunni rh ( No : 110 ) dan juga al-Imam Abu Nu’aim rh di dalam “ Hulliyah al-Awliya “ ( 2 / 301 ) yang bersumber daripada Salamah drp Zaid al-‘Ammi drp Mu’awiyah Bin Qarah drp Anas .

Salamah ini pula dituduh sebagai seorang yang sentiasa berdusta .

Lihat : Silisilah al-Ahadist adh-Dho’iefah Wal Maudhu’ah , oleh al-‘Allamah Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rh , ( Hadis ke- 660 ) .

{ 2 } ~ Hadis bersumber daripada Saidina Anas Bin Malik r.a , katanya :


ßÇä ÅÐÇ ÞÖì ÕáÇÊå ãÓÍ ÌÈåÊå ÈíÏå Çáíãäì Ëã ÞÇá: ÃÔåÏ Ãä áÇ Åáå ÅáÇ Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã¡ Çááåã ÃÐåÈ Úäí Çáåã æÇáÍÒä

Ertinya : “ Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya, baginda s.a.w menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya , kemudian melalukannya atas mukanya sampai ke janggutnya , kemudian berdoa : Aku naik saksi bahawa tiadalah Tuhan melainkan Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani . Ya Allah, hindarkan daripadaku kedukaan dan kesedihan “ ~ (HR Imam Abu Nu’aim rh )

ULASAN TERHADAP HADIS INI :

Status hadis ini ialah : TERLALU LEMAH ( Dho’ief Jiddan ) .

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam Ibnus Sunni rh di dalam “ al-Yaum Wal Lailah “( nombor : 110 ) dan juga oleh al-Imam Ibnu Sam’un rh di dalam “ al-Amali “ ( 176 / 2 ) daripada Salam al-Mada-ini drp Zaid al-‘Ammi drp Mu’awiyah Bin Qarah drp Saidina Anas r.a . Salam al-Mada-ini inilah penyebab hadis ini berstatus terlalu lemah dan dia juga dituduh sebagai seorang rawi yang pendusta .

Zaid al-‘Ammi pula dituduh sebagai seorang rawi yang lemah .

{ 3 } ~ Hadis bersumber daripada Saidina Anas Bin Malik r.a , katanya :


ßÇä ÅÐÇ ÞÖì ÕáÇÊå ãÓÍ ÌÈåÊå ÈßÝå Çáíãäì Ëã ÃãÑåÇ Úáì æÌåå ÍÊì íÃÊí ÈåÇ Úáì áÍíÊå æíÞæá: ÈÓã Çááå ÇáÐí áÇ Åáå ÅáÇ åæ ÚÇáã ÇáÛíÈ æ ÇáÔåÇÏÉ ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã¡ Çááåã ÃÐåÈ Úäí ÇáÛã æÇáÍÒä æÇáåã¡ Çááåã ÈÍãÏß ÇäÕÑÝÊ¡ æ ÈÐäÈí ÇÚÊÑÝÊ¡ ÃÚæÐ Èß ãä ÔÑ ãÇ ÇÞÊÑÝÊ¡ æ ÃÚæÐ Èß ãä ÌåÏ ÈáÇÁ ÇáÏäíÇ¡ æ ãä ÚÐÇÈ ÇáÂÎÑÉ

Ertinya : “ Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya, baginda s.a.w menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya , kemudian melalukannya atas mukanya sampai ke janggutnya , kemudian berdoa : Dengan Nama Allah Yang Tiadalah Tuhan melainkan Allah melainkan Dia Yang Maha Mengetahui segama yang ghaib dan nyata , Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani . Ya Allah, hindarkan daripadaku kegusaran , kedukaan dan kesedihan . Ya Allah Ya Tuhanku , dengan memuji-Mu aku beredar , dengan dosaku aku mengakui . Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah ku lakukan . Dan aku juga berlindung dengan-Mu daripada beban bala dunia dan azab akhirat “ ~ (HR Imam Abu Nu’aim rh )

ULASAN TERHADAP HADIS INI :

Status hadis ini ialah : PALSU ( Maudhu’ ) .

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam Abu Nu’aim rh di dalam “ akhbar al-Asbahan “( 2 / 104 ) daripada Daud bin al-Muhabbir , pengarang kitab “ al-‘Aql “ dan dia inilah yang tertuduh sebagai “ seorang rawi yang suka berdusta “ . Dan tuduhan ini telah dinyatakan oleh al-Imam adz-Dzahabi rh , al-Imam Ibnu Hibban rh , al-Imam as-Suyuthi rh , al-Imam al-Manawi dan juga asy-Syeikh al-Albani rh .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

BEBERAPA PERSOALAN BERBANGKIT :

{ 1 } ~ Bukankah ada di kalangan ulama’ yang membenarkan penggunaan hadis-hadis lemah di dalam menyatakan kelebihan sesuatu amalan ( Fadhoil A’amal ) , dan nasihat ( Mawa’idz ) serta galakan beramal ( at-Targhib ) dan ancaman ( at-Tarhib ) ? . Oleh itu apa salahnya kita tetap beramal dengan hadis-hadis di atas yang berstatus LEMAH ? .

JAWAPAN KAMI :

Memang benar terdapat sebahagian para cendekiawan ilmu hadist membenarkan kita beramal dan mempergunakan hadis lemah ( dho’ief ) , akan tetapi ini tidaklah bermakna kita boleh beramal dengan kesemua hadis dho’ief secara total / pukul rata .

Syeikhul Islam Ibnu Hajar al-‘Asqolani rh , al-Imam al-‘Izz Bin ‘Abdus Salam rh , al-Imam Ibn Daqiq al-‘Id rh , al-Imam as-Suyuthi rh dan selain mereka MEMBENARKAN kita beramal dengan hadis-hadis lemah DENGAN syarat-syarat berikut :

1 ~ Tahap lemahnya sesuatu hadis itu tidaklah keterlaluan lemahnya . Ertinya tidaklah hadis itu satu hadis yang terlalu lemah , apatah lagi yang berstatus : HADIS PALSU ( Maudhu’ ) .

2 ~ Hadis lemah itu sendiri tidak lari daripada ketentuan asal / asas / prinsip umum yang ada dalilnya secara kuat / yakin .

3 ~ Ketika beramal dengan hadis lemah itu hendaklah jangan dipercayainya bahawa itu adalah sabda / perbuatan Baginda Nabi s.a.w , hanya digunakan ia sebagai langkah berjaga-jaga .

al-Imam an-Nawawi rh pula telah menambah satu lagi syarat penggunaan hadis-hadis lemah di dalam kitabnya : “ al-ADZKAR “ , iaitu : Hadis-Hadis lemah itu digunakan hanya pada Fadhoil A’amal dan at-Targhib WarTarhib .

asy-Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ha pula menambah lagi 2 syarat untuk beramal dengan hadis-hadis lemah , selain drp 3 syarat di atas sebagaimana di dalam kitabnya : “ FATAWA MU’ASIRAH “ dan “ KAIFA NATA’MAL MA’AS as-SUNNAH “ , iatu :

4 ~ Hadis-hadis lemah itu tidak mengandungi perkara-perkara yang melampau-lampau dan reka-rekaan yang tidak diterima oleh akal , syarak dan Bahasa Arab .

5 ~ Hadis-Hadis lemah itu tidak pula bertentangan dengan dalil syarak yang lebih kuat daripadanya .

### Itulah kelima-lima syarat asasi yang perlu diperhatikan terlebih dahulu sebelum kita boleh beramal dengan hadis-hadis yang lemah .

Dan ketiga-tiga hadis di atas BERTENTANGAN pula dengan kelima-lima syarat di atas , ini disebabkan ketiga-tiga hadis di atas berkenaan dengan menyapu muka lepas sembahyang berstatus SANGAT LEMAH ataupun PALSU .

Kita tidak pula menemui adanya imam-imam hadis yang muktabar yang mengatakan boleh beramal dengan sesebuah hadis lemah itu walaupun ia berstatus SANGAT LEMAH , dan lebih-lebih lagi HADIS PALSU .

Oleh itu , ketiga-tiga hadis di atas BUKAN SAHAJA tidak boleh disandarkan kepada Baginda Rasulullah s.a.w , malahan ia juga TIDAK BOLEH DIAMALKAN kerana bertentangan dengan kelima-lima syarat yang telah dinyatakan tadi .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

{ 2 } ~ Kalau benar hadis-hadis mengenai menyapu muka selepas selesai memberi salam berstatus LEMAH dan PALSU , mengapakah masih ramai di kalangan ‘alim-‘ulamak rh dan para pendakwah yang beramal dengannya ? .

JAWAPAN KAMI :

Memang benar masih ramai ulama’ dan para pendakwah , khasnya di Nusantara ini yang masih beramal dengan perbuatan menyapu muka selepas salam ( di dalam sembahyang ) . Mengapakah mereka berbuat demikian walhal hadis-hadis mengenainya ( sbg mana yang telah dinyatakan di atas ) tidaklah boleh dijadikan amal-ibadah ? .

Secara “ Husnu Dzon “ ( Bersangka Baik ) , kami menganggap bahawa kebanyakan ulama’ rh dan para pendakwah rh di Nusantara ini beramal dengan perbuatan itu disebabkan :

{ 1 } ~ Mungkin mereka menyangka perbuatan itu benar-benar berasal daripada amalan Baginda Nabi Muhammad s.a.w secara sahih ( yakin kebenarannya ) .

{ 2 } ~ Mungkin mereka sendiri ada hadis-hadis lain yang berstatus sahih berkenaan amalan menyapu muka selepas sembahyang ( kalau benar ada hadis-hadis yang sahih berkenaan hal itu , maka tolonglah bawakan kepada kami kembali , agar dapat kami ikuti hadis itu ) .

{ 3 } ~ Mungkin mereka masih belum tahu status sebenar ( hukum sebenar ) hadis-hadis menyapu muka selepas salam itu .

{ 4 } ~ Mungkin juga mereka tahu , akan tetapi mereka menyangka bahawa kesemua hadis lemah boleh diamalkan tanpa memerhatikan kelima-lima syarat di atas ( dan sudah tentu sangkaan seperti itu adalah silap dan bertentangan pula dengan kaedah-kaedah yang diletakkan oleh para ulama’ hadis tadi ) .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

{ 3 } ~ Bagaimana tindakan kita terhadap sebahagian besar umat Islam , khasnya di Nusantara ini yang masih beramal dengan amalan menyapu muka selepas salam ? .

JAWAPAN KAMI :

Apalah yang boleh dilakukan terhadap saudara-saudari kita seagama yang melakukan amalan itu MELAINKAN menasihati mereka dan menunjukkan kepada mereka cara sebenar Baginda Rasulullah s.a.w bersembahyang .

Adakah perlu berkeras ??? . Tidak perlu sama sekali berkeras di dalam masalah ini kerana kekerasan itu pula akan melahirkan satu tindak-balas yang lebih keras pula drp majoriti umat Islam Nusantara yang beramal dengannya .

Lagipun kalau dikaji daripada sudut “ Maratib Taghyir al-Munkar “ ( Tahap-Tahap Mengubah Kemungkaran ) , nyatalah bahawa perbuatan mengusap / menyapu muka selepas sembahyang ini BUKANLAH satu perkara yang perlu diubah dengan kekerasan .

Dan kalau masih ada di kalangan umat Islam yang berkeras mahu beramal dengannya setelah kita menyatakan hukum sebenar amalan itu , maka biarkanlah sahaja dia , dan cubalah katakan kepadanya : “ Kalau saudara masih tetap berkeras untuk melakukannya , maka saya tidak menghalang . Cuma satu sahaja yang saya betul-betul minta , iaitu janganlah pula saudara kata ini adalah amalan Baginda Rasulullah s.a.w , kerana kalau kita berkata demikian , itu bermakna kita telah berdusta dengan menggunakan nama Baginda s.a.w , dan sesiapa sahaja yang berdusta dengan nama Baginda s.a.w , maka nerakalah tempat selayaknya untuk dia “ . Na’udzu BilLahi Min Dzalik .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

KESIMPULANNYA :

Perbuatan menyapu muka selepas memberi salam di dalam sembahyang BUKANLAH SATU SUNNAH daripada Baginda Rasulullah s.a.w .

TIDAKLAH ditemui sebarang hadis sahih ~ sepanjang pengetahuan kami yang sedikit ini ~ sebarang dalil yang menunjukkan bahawa Baginda Nabi Muhammad s.a.w memulakan solatnya dengan SELAIN takbiratul ihram . ( Oleh itu drp ini fahamlah kita bahawa perbuatan melafazkan niat “ USOLLI …. “ itu sendiri bukanlah perbuatan Baginda Rasulullah s.a.w ) .

Begitulah juga , TIDAKLAH ditemui ~ sepanjang ilmu kami yang sedikit ini ~ sebarang dalil yang sahih yang menunjukkan Baginda Nabi s.a.w menutup / mengakhiri solatnya dengan selain MEMBERI SALAM . Oleh itu drp kenyataan ini fahamlah kita bahawa amalan menyapu muka selepas memberi / mengucap salam itu bukanlah satu amalan Baginda Rasulullah s.a.w ! .

Apakah ada cara sembahyang yang lebih baik daripada apa yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w itu sendiri !!?? .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
21 / Rabi’ul Akhir / 1424 H
21 / Jun / 2003 M

SABTU ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum