SJ-!753: Solat Jamak

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-!753: Solat Jamak

assalamualaikum Wmt Wkt

Saya dah masuk arkib untuk cari jawaban tentang soalan saya tapi tak jumpa iaitu " adakah wajib solat Asar jika seseorang sudah solat jamak taqdim, dan sampai di rumahnya sebelum masuk waktu Asar dan masa yang ada masih banyak

Re: SJ-!753: Solat Jamak

Jawab:

Solat itu sah jika cukup syarat dan peraturannya. Ia bisa terjadi kerana kelancaran sistem pengangkutan hari terutamanya jika anda menggunakan sistem penerbangan. Misalnya anda sudah jama'-takdim di surau airport Kuching dan tiba airport Senai atau KLIA, Asar belum masuk, maka anda tidak perlu risau lagi mengenai Asar anda. Kelajuan dan kecanggihan sistem pengangkutan moden tidak merubah hukum solat safar. Solat safar merupakan sedeqah dari Tuhan dan ambillah sedeqahnya itu. (Musnad Imam Syafi'iy, ms 24; alJassas, Ahkamul Qur'an 2/253; Syawkani, Nailool Awthor 3/230) Juga lihat Fiqh Sunnah Jld 1) Allahu a'alam