SJ - 2878: [Z] Hadiah daripada Vendor

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2878: [Z] Hadiah daripada Vendor

Assalamualaikum....

Yang dikasihi panelis dan sahabat sahabat rahimakumullah

Kalau tidak silap saya pada zaman Nabi s.a.w ada satu kisah yang menceritakan seorang amil yang mengutip zakat pada masa yang sama ada bahagian diberikan khusus kepada beliau selain daripada zakat yang dikutip, lalu nabi melarang perbuatan tersebut.

Persoalan saya ialah adakah keadaan tersebut sama dengan keadaan masa sekarang di mana sekiranya kita ada membuat satu urusan pembelian barang barang bagi pihak yang lain (pembelian utk office dsb), setelah selesai urusan pembelian tersebut, pihak vendor ada memberikan satu barangan (walaupun tidak diminta dan barangan tersebut nilainya kecil shj). Adakah keadaan tersebut sama dengan keadaan yang pernah dilarang oleh Nabi s.a.w spt di atas.
wassalam..

p/s Hadis tersebutialah “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melantik seorang lelaki daripada suku Azd bernama Ibnu Lutbiyah, Ibnu Sarah bercerita: “(Dia) ialah Ibnu Utbiyah”, (bertugas sebagai) pemungut zakat. Lalu Ibnu Utbiyah (ketika menghadap Nabi) berkata: “Ini untuk kamu dan yang ini dihadiahkan untuk saya”. Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bangun berdiri di atas mimbar, Baginda memuji-muji Allah dan menyanjungNya lalu bersabda: “Bagaimanakah seorang petugas yang diutus, kemudian dia datang sambil berkata: “Ini untuk kamu dan yang ini dihadiahkan untuk aku, tidakkah dia duduk di rumah ibunya atau ayahnya saja, lalu dia menunggu-nunggu; apakah dia diberi hadiah atau tidak? Tidaklah seseorang daripada kamu yang membawa sesuatu daripada harta yang didapatinya itu (rasuah) melainkan di hari kiamat harta itu datang, jika (harta itu) seekor unta, unta itu akan melengguh, atau seekor lembu, lembu itu akan menguak, atau seekor kambing, kambing itu akan mengembik. Kemudian Baginda mengangkat kedua tangannya sehingga kami nampak ketiaknya lalu bersabda: “Wahai Tuhan, bukankah saya telah menyampaikan” (Hadis riwayat Abu Daud)

Re: hadiah daripada vendor

Apa yg saudara sebutkan dlm hadith itu adalah rasuah. Rasuah sememangnya ditegah.

Perihal Pemberian hadiah

Kaedah: Al-aslu fil Asya' al-ibahah
Asal sesuatu perkara (muamalat, keduniaan) adalah mubah (harus)

Pada dasarnya sesuatu pemberian harus diterima melainkan pemberian yang haram atau berasal daripada yang haram atau tujuan pemberian itu berunsur rasuah. Oleh kerana itu pemberian itu ada berbagai bentuk;

i.Pemberian yang halal bagi pemberi dan penerima.

ii.Pemberian yang haram bagi kedua-dua pihak.

iii.Pemberian yang halal bagi pemberi dan haram bagi penerima.

Pemberian yang halal bagi penerima ialah pemberian seseorang kepada seseorang yang lain seperti kepada isteri, anak, sahabat, kawan karib dan lain-lain dengan tujuan supaya tercipta perasaan kasih sayang, mahabbah, keakraban dan silaturrahim sesama mereka. Perkara inilah yang sangat digalakkan oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W di atas. (Maksudnya: “Beri memberilah antara kamu, nescaya kamu saling cinta mencintai antara sesama kamu”.)

Manakala pemberian haram bagi si pemberi dan penerima ialah apabila pemberian yang diberikan kepada seseorang itu dengan tujuan atau harapan hajatnya akan tercapai, dipenuhi dan diluluskan. Bentuk pemberian seumpama ini disebut juga sebagai rasuah. Dalam hal ini Rasulullah S.A.W memberi amaran:
“Sesiapa yang memberi syafaat (bantuan) kepada saudaranya, kemudian dia mendapat hadiah diatas pertolongan tersebut, lalu dia menerimanya, maka dia (si penerima hadiah) telah mendatangi satu pintu besar dari pintu-pintu riba.”(Hadith riwayat Abu Daud)

Ibnu Taimiyah juga ada menyatakan:
“Sesiapa yang memberikan hadiah kepada wali al-amr untuk melakukan perbuatan yang tidak diharuskan (haram) maka hadiah tersebut haram bagi pemberi dan penerima. Inilah hadiah berbentuk rasuah yang disabdakan oleh Nabi S.A.W: “Allah melaknat pemberi rasuah dan penerimanya”. (Fatwa: 5/244)

Pemberian yang harus bagi pemberi dan haram pula bagi yang menerimanya ialah seperti orang yang memberi merasa takut atau bimbang terhadap kezaliman si penerima dengan harapan pemberiannya itu mampu menghentikan perbuatan zalim daripada si penerima tersebut. Menurut jumhur ulama bahawa harus memberikan sesuatu pemberian untuk memberikan hak si pemberi yang wajib ditunaikan oleh si penerima dengan tujuan untuk mencegah kezalimannya dan perkara sedemikian tidak menjadi dosa kepada pemberi sedangkan yang berdosa adalah penerimanya. (Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyah: 22/222)

Menurut riwayat daripada Ibnu Mas‘ud R.A bahawa ketika beliau berada di Habsyah beliau pernah memberikan dua dinar (sehingga urusannya selesai), lalu menyatakan bahawa dosanya hanyalah ke atas orang yang menerimanya bukan ke atas orang yang memberi. (Al-Qurtubi: 6/184)

Dalam perkara ini juga Imam Ibnu Taimiyah ada mengatakan yang maksudnya :
“Jika seseorang memberi hadiah kepada seseorang untuk mencegah kezalimannya atau untuk memberikan haknya (pemberi) yang mesti ditunaikan oleh penerima hadiah maka hadiah itu haram bagi penerima dan harus bagi pemberi”. (Al-Fatawa: 5/244)

Menurut Lisan al-Arab (Ibn Manzur) rasuah ialah suatu pemberian untuk melaksanakan maslahat (tugas atau kewajipan untuk mendapatkan sesuatu). Manakala Mu‘zam Lughah Al-Fuqaha mendefinisikan rasuah sebagai memberikan harta atau seumpamanya bagi tujuan menutup perkara yang hak dan benar atau untuk membenarkan yang batil. Dengan maksud yang lain suatu yang diberikan kepada seseorang untuk menghidupkan kebatilan atau untuk menghancurkan kebenaran.

Wallahua'lam.

Re: SJ - 2878: [G] Hadiah daripada Vendor

:wassalam
Tahqeeqan (Analisis)
JKK dan syukran kpd Ansar kami, Ust Zayed yg agak konsisten menyumbang dan menggilap bakat Fiqihnya. Ilmu itu perlu dipelajari dan digilap kerana ia laksana pedang, lagi banyak sumbing pedang itu bermakna ia sentiasa di gunakan. Begitulah ilmu, lagi banyak kita gunakan ia, maka kesilapan dan kesalahan itu akan semakin mematangkan keilmuan kita.

Berbalik pada soal hadiah dari Vendor. Vendor dalam konteks hari ini ada pelbagai jenis: ada vendor jangkapanjang yg membekalkan barangan dan perkhidmatan utk sesebuah organisasi utk jangkapanjang dan hubungan vendor dgn organisasi sudah dianggap partner (rakan). Ini berlaku pada syarikat Jepun atau MNC (multinational) spt Motorola, GE, di mana vendor adalah sahabat atau rakan. Jika vendor ini sudah mencapai status rakan atau partner, maka hadiah kecil-kecilan spt diary, kalendar, pen yg juga diberikan kepada kakitangan yg lain adalah harus. Ini kerana ia bukan bertujuan mempengaruhi tender akan datang tapi dalam rangka mengiratkan hubungan firma dan vendornya.

Jika vendor itu statusnya one-off (maksudnya) menghantar barangan sekali sekala atau secara tender sebut harga setiap kali ada tawaran baru, maka hadiah2 dari vendor begini dan tidak diberikan kepada kakitangan yg lain dan ada tujuan supaya mereka mendapatkan kontrak, maka ia rasuah walaupun kecil nilainya. Jadi ia bergantung pada jenis vendor. WA