SJ - 2852: Puasa qadha dan sunat

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2852: Puasa qadha dan sunat

:salam
Saya ada 2 soalan :
1. Bolehkah seorang suami menggantikan puasa isterinya yg masih hidup? Kemuskilan ni saya dapat drp kawan isteri saya yg mengatakan puasanya sudah habis digantikan oleh suaminya. :haaa

2. Orang gaji saya melakukan puasa selama 12 hari berturut-turut mulai dari 1 hingga 12 hb Rabiulawal (sehingga tarikh kelahiran nabi SAW). Menurutnya ini diamalkan oleh masyarakatnya di Tanah Jawa (Pak Kiyai suruh). Setahu saya Nabi melarang puasa sunat terus-menerus kecuali puasa Isnin dan Khamis dan puasa seperti nabi Daud AS (selang-seli). Wallahualam.... minta sesiapa tolong menjelaskan kpd saya yg jahil ini.
Sekian Terima Kasih. :confused: :fikir

Re: Puasa qadha dan sunat

Soalan 1
Jumhur fuqaha bahawa jikalau seseorang itu meninggalkan puasa apabila meninggal dunia, penjaganya atau pewarisnya tidak boleh mengqadhakan puasa utknya. Apatah lagi sekiranya org itu masih hidup. Jumhur fuqaha (Hanafi, Malik dan Syafie) pewarisnya hendaklah memberi makan seorang sehari (bergantung kpd sebanyak mana ia meninggalkan puasa)

Pendapat yg azhar di kalangan mazhab syafie bahawa pewarisnya boleh mengqadhakan puasa. Ini berdasarkan dalil berikut:

Dari Aishah R.A, bahawa baginda S.A.W, “Barangsiapa meninggal dunia tetapi masih belum sempat mengqadha puasanya, maka hendaklah pewaris (yg terdekat) berpuasa bagi pihaknya.” (Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim, Al-Bazzar menambah dgn “sekiranya kamu berkehendak sedemikian)

Dari Ibn Abbas, bahawa seorang lelaki datang kpd Rasulullah S.A.W dan berkata: “Wahai Rasulullah! Ibuku meninggal dunia dan dia telah meninggalkan puasa selama sebulan. Adakah aku patut berpuasa bagi pihaknya?” Baginda S.A.W bertanya: “Adakah hutang piutang ibumu sudah dijelaskan olehmu?” Jawab lelaki itu: “Ya.” Baginda S.A.W bersabda: “Sesungguhnya hutang kepada Allah adalah lebih berhak utk ditunaikan.” (Riwayat Imam Ahmad, At-Tirmizi, An-nasa-ie, Abu Dauw dan Ibn Majah)

Soalan 2:
La Aslahu. Tiada sandaran dlm sunnah. maka ia adalah tertolak.

Syeikh `Atiyyah Saqr, bekas pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar, berkata tentang puasa sunat :

"Adalah disunatkan berpuasa pada bulan suci atau Al-Ashhur Al-Hurum (Bulan Haram). Baginda S.A.W diriwayatkan telah menyuruh sahabat2 R.A berpuasa di dlm Ashhur Al-Hurum. Baginda S.A.W menggalakkan berpuasa 3 hari pada setiap bulan."

Puasa sunat juga terdapat pada hari isnin dan khamis, 3 hari di pertengahan bulan yg dikenali sebagai Al-Beed (13, 14 dan 15 haribulan setiap bulan), berpuasa selang sehari dan berpuasa sirar al-shahr.

Sesetengah ulamak berkata bahawa Sirar Al-Shahr merujuk kepada permulaan bulan; sesetengah mengatakan ia merujuk kepada pertengahan Bulan atau penghujung bulan.

Puasa selain dari itu, bukan dari Sunnah Nabi, maka ia adalah tertolak.

Wallahua'lam.

Rujukan:
Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq

Re: Puasa qadha dan sunat

Nota Tambahan (utk mengelakkan kekeliruan):
Puasa sunat terdiri kpd 3 jenis -
a. Puasa yg berulang tahunan
Jenis puasa ini seperti Puasa 6 hari di bulan syawal, puasa asyura, puasa arafah, puasa 10 hari bulan zulhijjah pada mereka yg tidak menunaikan haji.
b. Puasa yg berulang bulanan (seperti yg disebut di atas)
c. Puasa yg berulang mingguan (seperti yg disebut di atas)

Adapun selainnya tidak berasal dari sunnah.

Re: SJ - 2852: Puasa qadha dan sunat

:wassalam

Komentar:

Jawapan yg diperlukan oleh adalah sangat ringkas sahaja.

Soalan pertama: Orang hidup tidak boleh mengganti puasa orang lain yg masih hidup. Puasa adalah ibadah mahdah (ibadah badaniyah) yg tidak boleh diganti atau di swastakan atau dioutsource. Ini ijma'.

2. Puasa 1-12 R'awal atas arahan Pak Kiyai adalah batil sebab Puasa dan urusan ibadah hendaklah yg disuruh oleh Muhammad saw sahaja. Urusan ibadah mengikut kaedah Fiqhiyah ialah ta'abuddi (kita melaksanakan apa yg thabit dari Nabi saw sahaja). Wbmnp JKK pada Ust Zayed