SJ - 3069 : [G] Derma Darah

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3069 : [G] Derma Darah

:salam
Apakah hukum derma darah di bulan Ramadhan? :confused:

Re: Derma Darah

:salam

Ulama’2 kontemporori mengqiyaskan derma darah dgn hukum hijamah(berbekam). Utk memudahkan kita memahami, eloklah kiranya kita melihat hukum hijamah ini.

Ulama’ terbahagi dua mengenai hukum hijamah ketika berpuasa. Iaitu pendapat yg pertama, orang yg berbekam ketika berpuasa maka batallah puasa mereka. Ini merupakan pendapat Ahmad, Ishaq dan ahli hadis. Mereka bersandarkan kpd hadis berikut:

Syadad bin Aus berkata bahawa suatu ketika saw melewati seseorang di baqi’ tengah berbekam. Orang ini meminta tolong kepadaku. Ketika itu telah lewat delapan belas hari dari Ramadhan. Baginda bersabda, “Orang yg membekam dan dibekam batal puasanya.”[HR Ibn Majah, abu Daud, Nasa’I dan Nawawi]

Adapun pendapat jumhur termasuk juga Imam Asy-Syafi’I, berbekam itu tidak membatal puasa. Mereka berhujahkan hadis Ibn Abbas ra bahawa beliau melihat Nabi saw berbekam dalam keadaan ihram dan beliau berbekam dalam keadaan berpuasa. Ini juga merupakan pendapat Anas bin Malik, Abu Laila, Ibn Mas’ud, Aisyah, Ibn Umar dlln.

Berdasarkan sunnah fi’li di atas, maka fuqaha’ membuat kesimpulan bahawa hadis yg pertama itu dinasakhkan krn perbuatan nabi berbekam datang kemudian iaitu ketika haji wada’.

Kesimpulannya, berdasarkan keterangan di atas, dgn mengqiaskan bekam itu dgn menderma darah, tidaklah ia membatalkan puasa. Namun ia adalah makruh krn ia melemahkan badan. Adapun menderamkan darah pada ketika malamnya, tidaklah apa2(harus). Inilah pendapat Dr Yusuf Qaradhawi dalam fiqhus siyam.

:wassalam

Re: SJ - 3069 : [G] Derma Darah

Assalamu'alaikum. Ramadhan Mubarak!

Alhamdulillah. JKK kpada Ustaz Gayat. Kami cuma ingin menambah pandangan dari bekas Pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar, Sheikh Atiyah Saqr mengenai isu derma dan dan juga pemindahan darah, kata beliau :-

[="#0000ff" size="3"]åÐÇ ÇáÓÄÇá áå ØÑÝÇäº ØÑÝ íÊÕá ÈÇáãäÞæá ãäå¡ æØÑÝ íÊÕá ÈÇáãäÞæá Åáíå¡ ÃãÇ ÇáãäÞæá ãäå ÝíÞÇÓ ÃÎÐ ÇáÏã ãäå Ýí äåÇÑ ÑãÖÇä Úáì ÇáÝÕÏ¡ æåæ ÃÎÐ ÇáÏã ãä ÛíÑ ÇáÑÃÓ¡ æÚáì ÇáÍÌÇãÉ æåí ÃÎÐ ÇáÏã ãä ÇáÑÃÓ¡ æÞÏ ÓÈÞ Ãä ÇáÌãåæÑ íÞæáæä ÈÚÏã ÈØáÇä ÇáÕíÇã ÈåãǺ áÃä ÍÏíË: "ÃÝØÑ ÇáÍÇÌã æÇáãÍÌæã" ÇáÐí ÃÎÐ Èå ãä ÞÇá ÈÇáÅÝØÇÑ áã íÓáã ãä ÇáäÞÏ¡ Åä áã íßä ãä ÌåÉ ÇáÓäÏ Ýãä ÌåÉ ÇáÏáÇáÉ.
æÃãÇ ÇáãäÞæá Åáíå ÝíÚØì äÞá ÇáÏã Íßã ÇáÍÞäÉ¡ æÞÏ ÊÞÏã ÇáßáÇã ÝíåÇ¡ æÅÐÇ ßÇä ááÚáÇÌ áÇ ááÛÐÇÁ æÃÏÎá Úä ØÑíÞ ÇáæÑíÏ ÝÃÎÊÇÑ ÚÏã ÈØáÇä ÇáÕíÇã¡ æãÚ Ðáß ÃÞæá: Åä åÐÇ ÇáãÑíÖ ÇáÐí äÞá Åáíå ÇáÏã ÍÊãðÇ íÍÊÇÌ Åáì ãÇ íÞæíå¡ Ýáå Ãä íÝØÑ ÈÊäÇæá ÇáÃØÚãÉ æÚáíå ÇáÞÖÇÁ ÚäÏ ÇáÔÝÇÁ. æÇÎÊáÇÝ ÂÑÇÁ ÇáÝÞåÇÁ Ýí ãËá åÐå ÇáÝÑæÚ ÑÍãÉ íãßä ÇáÃÎÐ ÈÃíÓÑåÇ ÚäÏ ÇáÍÇÌÉ Åáíå. äÕ ÇáÅÌÇÈÉ

Persoalan ini mempunyai 2 jalan, satu pihak yang mendermakan darah, dan satu pihak yang mengambil darah darinya, bagi yang mendermakan darah boleh diqiaskan dengan cara mengambil darah diwaktu siang ramadhan dengan cara bloodletting (pemindahan darah melalui saraf), dan ia mengambil darah bukan dari kepala, dan berkam (Al-Hijaamah) pula mengambil darah dari kepala, dan jumhur ulama sebelum ini percaya bahawa ia tidak membatalkan puasa mereka, kerana hadith "Berbuka orang yang membekam dan diberkam" yang berpegang bahawa ia membatalkan puasa tidak dapat lari dari kritikan, jika tidak dari segi sanad maka dari segi petunjuknya.

Bagi yang menerima pemindahan darah dengan menggunakan suntikan, dan isu ini telah dibahaskan, dan jika ia bukanlah rawatan makanan dan dimasukkan melalui urat, maka pilihan [hukum] ialah tidak membatalkan puasa dan disamping pandangan yg berkata : pesakit yang dipindahkan darah kepadanya adalah didalam keadaan berkehendakkan kekuatannya, maka untuknya berbuka dengan mengambil makanan, dan keatasnya qada' puasa apabila sembuh. Perbezaan ulama' mengenai Fiqh cabang ini satu rahmat dimana boleh diambil kemudahan dari jika bila diperlukan.
-----------------

Perbuatan menderma darah dan juga pemindahan darah merupakan rawatan perubatan. Sheikh Atiyah Saqr melihat bahawa perselisihan ulama' mengenai hukum ini memudahkan lagi menggunakan kaedah hukum ini. Sebagai contoh, menurut pandangan ulama Syafie bahawa tidak membatalkan puasa jika ia mendermakan darah, akan tetapi tidak digalakkan [jika bukan kecemasan] kerana ia melemahkan seseorang itu. Akan tetapi bagi mereka yang menerima darah, dia mempunyai dua pilihan, dibolehkan meneruskan puasa jika mempunyai kekuatan, atau pun dibenar berbuka (mengambil makanan bagi menguatkan badan), sepertimana applikasi hukum terhadap orang sakit. wallahu'alam.

-wassalam-

Rujukan :
------------------
1. Sheikh Atiyah Saqr. [="#800000" size="3"] äÞá ÇáÏã Ýí äåÇÑ ÑãÖÇä url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=3763

2. Sheikh Ahmad Kutty. Donating Blood while Fasting. url : http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=86363

خيرالأمين