SJ – 3109 : IMAM & MAKMUM BERLAINAN MAZHAB

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 3109 : IMAM & MAKMUM BERLAINAN MAZHAB

:salam

Contoh, saya bermazhab syafie yang mana membaca qunut semasa solah Subuh. Jika menjadi imam ketika berada di luar negara( Cth Pakistan) perlukah saya meninggalkan Qunut (krn rata2 disini tiada Qunut semasa solah subuh) atau berpegang dgn Mazhab saya jika saya menjadi imam. (Faham tak soalan ni?) :grin:

Harap panel AL AHKAM dapat menjawap terus kepada soalan saya tanpa belok keutara dan selatan.

Terima Kasih

Re: SJ – 3109 : IMAM & MAKMUM BERLAINAN MAZHAB


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 3109 : IMAM & MAKMUM BERLAINAN MAZHAB

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Fathani di atas soalan yang dikemukakan . Sebenarnya soalan berkaitan dengan mazhab ini merupakan di antara soalan yang “ TOP TEN “ di dalam Arkib Soal – Jawab al-Ahkam Online . Silalah saudara rujuk arkib tersebut dengan menggunakan kata – kunci : “ MAZHAB “ .

Sekarang , marilah kita bersama-sama merenung apakah permasalahan yang dibawa oleh saudara kali ini ke sini .

Quote:
Contoh, saya bermazhab syafie yang mana membaca qunut semasa solah Subuh. Jika menjadi imam ketika berada di luar negara( Cth Pakistan) perlukah saya meninggalkan Qunut (krn rata2 disini tiada Qunut semasa solah subuh) atau berpegang dgn Mazhab saya jika saya menjadi imam.

Jawapan Kami :

1 ~ Adakah “ QUNUT SUBUH “ itu wajib dibaca ( menurut Mazhab Imam asy-Syafi’e ) sehinggakan saudara kelihatan “ agak berat hati “ untuk meninggalkannya sedangkan para makmum semuanya bermazhab Hanafi ( mazhab majoriti umat Islam di Pakistan ) ? .

Kalau ia adalah WAJIB , maka sudah tentu saudara tak dapat tidak kena lakukannya juga .

Kalau ianya TIDAK WAJIB , maka apakah salahnya saudara meninggalkannya demi menghormati pegangan para makmum !? .

2 ~ Tidakkah saudara sendiri pernah terdengar kisah pengembaraan Imam asy-Syafi’e rh ke negara Iraq . Ketika beliau rh berkunjung ke sana ( yang majoriti umat Islam di sana bermazhab Imam Abu Hanifah rh ~ Hanafi ) beliau rh sendiri meninggalkan “ QUNUT SUBUH “ . Dan apabila ditanya orang : “ Wahai Imam ! , mengapakah tuan meninggalkannya walhal tuan sendiri menyatakan bahawa hukum Qunut Subuh itu adalah Sunnat Muaakkad ? “ .

Lalu dijawab oleh al-Imam asy-Syafi’e rh : “ Aku meninggalkannya kerana menghormati al-Imam Abu Hanifah rh yang telah meninggalkan pesaka ilmunya kepada kamu semua “ .

Kalau Imam asy-Syafi’e rh sendiri boleh meninggalkannya , mengapa pula saudara yang mengaku bermazhabnya tidak mahu pula menurut akhlaq dan sikap yang ditunjukkan oleh al-Imam yang sangat mulia itu ? .

Hati – hati , jangan sampai hanya pandai mendakwa menjadi “ penganut mazhab Imam Syafi’e rh “ , tetapi tanpa disedari kita pula yang menentang ajarannya ! . :2tidak

3 ~ Perbezaan mazhab di dalam Islam BUKANLAH SEBAB untuk kita berpecah – belah . Hal ini sudah kerap sangat kami sentuh di dalam tulisan – tulisan kami sebelum ini ( Harap dapat dirujuk menerusi Enjin Pencarian : SEARCH ) .

Yang paling penting , semua mazhab ( aliran , sekolah , bidang , pengangan , sikap dan pendapat ) yang nyatakan oleh seseorang ulama’ yang muktabar ( terkemuka ) itu mempunya sandarannya yang kukuh daripada al-Quranul Karim , as-Sunnah as-Sahihah dan juga daripada sumber – sumber perundangan Islam .

Selagi ianya bertepatan dengan ajaran Allah SWT dan Rasul-Nya s.a.w , maka semuanya itu boleh dipegang dan boleh diikuti oleh kita semua .

Jangan dijadikan isu PERBEZAAN MAZHAB itu SATU SEBAB yang boleh memecah-belahkan sesama umat Islam yang menyembah Tuhan yang sama dan menghadap kiblat yang sama !!! . :non

Jangan pula menjadi sebagai mana umat Islam yang hidup di zaman “ KEGELAPAN “ , “ TAKSUB MAZHAB “ , “ JUMUD “ sebelum ini , sampaikan ada di kalangan “ tuan – tuan guru “ mereka berfatwa : “ Haram bagi mana-mana penganut mazhab Hanafi berkahwin dengan para penganut mazhab Syafi’e !!! “ . Walhal “ FATWA SONGSANG “ ini tidak ada sandarannya langsung daripada ajaran Allah SWT dan Rasul-Nya s.a.w ! .

Jangan pula kita mengikut “ JEJAK LANGKAH SYAITAN “ , walhal yang diperintahkan kita ialah mengikut “ JEJAK RASUL A.S “ ! .

Jangan pula kita mengikut “ JEJAK – LANGKAH YAHUDI DAN KRISTIAN “ . Mereka sanggup berbunuh-bunuhan sesama sendiri lantaran “ Perbezaan Mazhab / Sekte “ di dalam agama mereka . Lihatlah sahaja contoh – contoh yang telah dirakamkan di dalam sejarah dunia . Kaum Kristian Katholik di Perancis pernah membunuh / meracun makanan – minuman delegasi Kristian Protestant yang dating dari Negara England ! .

England dan Ireland sampai ke hari ini “ berperang dan saling berbunuh – bunuhan sesama sendiri “ hanya disebabkan perbezaan mazhab di kalangan mereka . England dengan Kristian bermazhab Protestant , manakala Ireland pula dengan mazhab Kristian Katholik mereka ! .

Quote:
Harap panel AL AHKAM dapat menjawap terus kepada soalan saya tanpa belok ke utara dan selatan

Respon Kami :

Kalau ada mana-mana tulisan dan jawapan kami yang “ terbabas “ daripada “ rel al-Quran dan as-Sunnah “ silalah tolong betulkan kami ! .

Mudah – mudahan Allah Ta’ala menjauhkan kita semua daripada sikap “ TAKSUB KEPADA INDIVIDU TERTENTU “ , “ FANATISME MAZHAB “ , “ TAQLID BUTA “ yang menyebabkan umat Islam makin berpecah , lalu menjadi lemah dan menanti saat “ diratah-ratah “ oleh musuh – musuh Islam . :doa

Amin Ya Rabbal ‘Alamin .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
21 / Ramadhan al-Mubarak / 1424 H
16 / November / 2003 M

AHAD ~ Bandaraya Kuala Lumpur

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum