SJ-13-0037: Tentang Menggeliat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0037: Tentang Menggeliat

:salam

Saya diberitahu oleh seorang rakan saya bahawa "menggeliat adalah bersamaan dengan bersetubuh dengan syaitan", jadi saya ingin tahu, adakah ada dalil yang kukuh untuk menyokong matan ini?

:wassalam

- MENJ

SJ-13-0037: Tentang Menggeliat

:salam

Sdra Menj, saya minta maaf kerana tidak dapat mencari matan hadis berkenaan menggeliat. Barangkali kerana terlepas pandang atau bagaimana, namun yang pasti ialah kerana kurangnya ilmu pengetahuan ttg hadis Rasulullah s.a.w.

Ustaz Hj Kamin juga telah cuba membantu mencari melalui beberapa sumber, namun juga tidak ditemui.

Selain dari faktor kurangnya ilmu, ada faktor lain yang lebih menyulitkan lagi pencarian, iaitu tidak ada keyword yg dapat dijadikan panduan.

Insyaallah, jika panel feqh lain atau para pengunjung al-ahkam.net ada yang dapat menjejaki matan hadis berkenaan, sudah pasti mereka akan maklum kepada kita.

Sekian, :wassalam