SJ-13-0061 : Masalah Onani

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0061 : Masalah Onani

Assalamualaikum…..

Saya mempunyai satu pertanyaan….
Saya memiliki kesukaran untuk membuang tabiat beronani. Jikalau dahulu saya melakukan perkara keji tersebut sekali-sekala tetapi kini saya agak kerap melakukannya. Saya banyak mendengar juga bahawa puasa boleh mengurangkan kekangan nafsu. Saya telah cuba berpuasa adakalanya berjaya namun adakalanya tidak, Saya telah berusaha menghilangkan tabiat tersebut tetapi semuanya seakan-akan tidak berhasil. Saya ada juga terbaca di dalam sebuah buku yg menceritakan dosa-dosa besar dan diberitakan bahawa orang yg beronani ini tidak akan dipandang langsung oleh Allah di akhirat nanti. Apabila saya mengetahui perkara tersebut saya menjadi takut kalau-kalau saya mati sebelum taubat/persediaan dilakukan. Yang menjadi masalah adalah kadang-kadang saya berasa insaf/menyesal dan ingin sekali meninggalkan perkara keji tersebut dengan cuba lari daripada unsur-unsur yang boleh menaikkan syahwat. Tetapi nafsu saya seakan-akan agak kuat kadangkala ketika mandi/bangun dari tidur/bila-bila sahaja walaupun mungkin pada hari yang sebelumnya saya dapat mengawal nafsu saya. Kadangkala saya cuba mengingat kepada Allah dan membaca surah-surah tetapi

"Mereka ingin menipu Allah dan kaum beriman, padahal mereka menipu dirinya
sendiri. Didalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah tambah penyakit itu"
(Al Baqarah)...

Saya tidak pasti sama ada saya juga termasuk dalam golongan yang Allah tambah penyakit tersebut Cuma saya berasa takut jikalau apa yang difirmankan itu adalah berkenaan dengan masalah saya.

Untuk pengetahuan, saya masih belajar dan saya pernah terfikir untuk cepat-cepat mendapat pekerjaan supaya saya boleh berkahwin. Kadangkala saya berasakan alangkah bertuahnya mereka yang dapat mati syahid di medan perang melawan musuh daripada saya di sini yang melawan hawa nafsu sendiri. Sungguh benarlah kata Rasulullah SAW bahawa perang yang paling besar adalah perang melawan hawa nafsu…… Saya juga tidak mahu termasuk dalam golongan akhir zaman yang disebut hancur akhlaknya.

Harapan saya mudah-mudahan ada insan-insan berilmu yang mampu memimpin saya keluar dari mendapat siksaan berat Allah.

(Tapi kenapa banyak soalan kat forum ni yang tak berjawab?)

Re: SJ-13-0061 : Masalah Onani

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Viscosity dengan kadar kemampuan yang ada. JKK kepada ahli-ahli al-ahkam seperti iperswis, zwink dan abrar yang telah memberi respond mereka mengenai masalah yang di hadapi oleh sdr Viscosity. Respond mereka boleh anda dapatikan di url berikut :-

REPLY Masalah Onani. url : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=27910

Jumhur ulama' menganggap Onani atau masturbation (ÇáÇÓÊãäÇÁ) ini haram, terutamanya onani menggunakan tangan (ÇáÇÓÊãäÇÁ ÈÇáíÏ). Imam Ahmad ibn Hanbal dan Ibn Hazm menganggap mani yang keluar dari badan sama sahaja dengan air lain yang dikeluarkan oleh badan. Walaubagaimana pun Mazhab Hanbali membenarkannya dengan bersyarat. Bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar, Syiekh Atiyah Saqr didalam merumuskan pandangan ulama' berkenaan dengan onani berkata :-

þ ÍÑãåÇ ÇáÔÇÝÚíÉ æÇáãÇáßíÉ (þÔÑÍ ÇáÅÍíÇÁ)þ æÍÑãåÇ ÇáÃÍäÇÝ ÅÐÇ ßÇäÊ áÇÓÊÌáÇÈ ÇáÔåæÉ (þÇáÊÔÑíÚ ÇáÌäÇÆì ÌÜ þ2 Õ þ36 æãÇ ÈÚÏåÇ æÞÇá ÇáÍäÇÈáÉ :þ Åäå ÌÇÆÒ ÚäÏ ÇáÍÇÌÉ .
"Haram disisi Mazhab Syafi dan Maliki dan haram disisi Mazhab Hanafi jika disebabkan keinginan,dan Hanbali berkata : Dibolehkan apabila ada keperluan"

Dr Mustafa al-Zarqo menjelaskan bahawa pandangan Hanafi yang mengharamkan onani akan tetapi membenarkannya dengan beberapa syarat iaitu :-

1. Seseorang itu tidak berkahwin
2. Dia takut jika tidak melakukan onani akan menyebabkan dia melakukan zina, dan
3. Onani disini bukan memuaskan keinginan seks, akan tetapi semata2 melepaskan 'sexual tantsion' yang diakibatkan oleh stimulasi.

al-Zarqo menambah lagi dua keperluan : (1) Sukar untuk berkahwin (2) Tidak berupaya melakukan puasa

Jumhur ulama' mengharamkan onani, lebih-lebih lagi apabila sudah manjadi tabiat berdasarkan firman Allah swt :-

æóÇáøóÐöíäó åõãú áöÝõÑõæÌöåöãú ÍóÇÝöÙõæäó. ÅöáøóÇ Úóáóì ÃóÒúæóÇÌöåöãú Ãóæú ãóÇ ãóáóßóÊú ÃóíúãóÇäõåõãú ÝóÅöäøóåõãú ÛóíúÑõ ãóáõæãöíäó. Ýóãóäö ÇÈúÊóÛóì æóÑóÇÁó Ðóáößó ÝóÃõæáóÆößó åõãõ ÇáúÚóÇÏõæäó.
"Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas." - [Al-Mu'minun : 5-7]

Amalan onani ini mempunyai banyak kemudharatannya dan diantara beberapa kesan sampingannya adalah ;lemah syahwat diakibatkan urat yang bersimpul, kesan psikologi, kurang syahwat terhadap isteri dll.

Ada beberapa cadangan oleh ulama' yang boleh diamalkan untuk menghindar diri dari melakukan perkara ini, disamping url yang diberikan oleh sdr iperswis, diantaranya adalah :-

1. Melakukan puasa, kerana puasa memperkukuh Iman, memelihara kehormatan dan melindungi seseorang dari pemikiran buruk.
2. Bersederhana didalam makan dan minum dengan tujuan membendung stimulasi keinginan anda
3. Menjauhi dari apa-apa perkara yang memberansangkan perasaan seks eg : melihat gambar wanita, gambar lucah, filem lucah, lagu cinta.
4. Memilih kawan yang wara' dan baik
5. Sibukkan diri anda dengan ibadat dan latihan2 spiritual.
6. Berinteraksi didalam aktiviti sosial, kebajikan dan dakwah - simana cara ini akan menyebabkan anda tidak berfikir mengenai seks.
7. Menjauh dari perhimpun dan tempat yang bercampur lelaki dan wanita secara berdekatan.
8. Cuna berminat kepada alam semula jadi eg: bunga, pemandangan yang indah, yang mana tidak akan berberangkan kehendak seks.
9. Cuba sedaya upaya untuk berkahwin
10. Cuba mengelakkan diri tidor di katil yang empuk, yang akan mengingatkan aktiviti seks
11. Jangan membiarkan diri anda berseorangan dirumah lebih-lebih lagi pada waktu malam.
12. Apa bila teransang, banyak-banyakan zikir, moga2 ia akan meredakan perasaan syahwat.

Kami mendo'akan anda agar dapat melepaskan diri dari melakukan kerja yang tidak mendapatkan munafaat kepada diri anda, Insyaallah. Mengenai 'soalan-soalan' lambat dijawab, saya rasa kami dah banyak memberi repond kepada soalan2 yang seupama ini. Cukuplah untuk saya mengatakan, kami juga insan biasa yang perlu mencari reski. Membantu menjawab soalan di al-ahkam ini merupakan aktiviti-aktivti sukarela kami apabila kedapatan masa lapang. Perlu juga dijelaskan bahawa tidak semua jawapan yang boleh dijawab secara sponton, dan kemungkinan tidak diketemukan jawapan atau fatwa dari mana-mana sumber, maka kami terpaksa menangguhkannya. Akhir kata, al-maklum, kami ini juga insan biasa yang tidak lepas dari sifat-sifat kekurangan. WA.

Berikut adalah beberapa link dari arkib al-ahkam mengenai permasalahan yang sama : -

1. SJ - 2704: [U] Onani
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=15104

2. SJ-1599: [U] hukum melancap
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=6294&page=&view=&sb=5&o=&vc=1

wassalam
=============
Rujukan :

1. Fatwa IOL.. ÇáÚÇÏÉ ÇáÓÑíÉ : ÍßãåÇ æÃÖÑÇÑåÇ æßíÝíÉ ÚáÇÌåÇ . url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=13130

خيرالأمين