SJ-05-0055 : kedudukan tahiyat akhir solat 2 rakaat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0055 : kedudukan tahiyat akhir solat 2 rakaat

:salam

Setahu saya apabila kita solat empat rakaat, maka tahiyat akhir dengn duduk tawaruk.Manakala jika solat 2 rakaat maka tahiyat akhir dengan duduk di antara dua sujud(iftirasy). Apakah benar pengetahuan saya ini?

kerana saya sernig lihat orang kita apabila mengerjakan solat sunat 2 rakaat maka disudahi dengan duduk tawaruk?

Re: kedudukah tahiyat akhir solat 2 rakaat

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Sohor dengan kadar kemampuan yang ada, insyaallah.

Kedudukan duduk pada tasyahud akhir didalam solat sunat dan solat wajib kedudukannya adalah sama sahaja. Terdapat 2 jenis duduk tashahud :-

1. Al-Iftiraasy (ÇáÇÝÊÑÇÔ) - Duduk dengan menegakkan kaki kanan, dan duduk atas kaki kiri, tangan kanan diletakkan di atas peha kanan dengan menggenggam semua jari kecuali jari telujuk untuk berisyarat.[Majmu' Fataawa Abd Aziz bin Baaz 4/210]

2. Al-Tawarruk (ÇáÊæÑß) - Duduk dengan meletakkan tapak kaki kiri di bawah betis kaki kanan dan kemudian mendudukkan punggung di atas tanah, sedangkan kaki kanan tegak, berdasarkan hadits yang bersumber dari Abu Humaid. [Majmu' Fataawa Abd Aziz bin Baaz 4/211-212]

Kedua2 cara duduk ini sah bagi mereka yang melakukan Tasyahud akhir. Apa yang menjadi kesalahan ialah, apabila seseorang yang duduk pada tasyahud akhir TIDAK duduk secara Al-Iftiraasy atau Al-Tawarruk [Akhtaa' al-Mushalliin, ms 104]. Apa yang mereka lakukan ialah duduk diatas kedua2 kaki yang tidak ada dalil dari Nabi :saw. Berikut adalah cara duduknya :-

Terdapat sekurang2nya 2 pendapat didalam cara duduk solat yang mempunyai 2 rakaat. Bagi Mazhab Syafie, mereka akan duduk tawarruk didalam tasyahud akhir sama sahaja didalam solat yang mempunyai 2, 3 atau 4 rakaat. [Bidaayah al-Mujtahid 1/134-135].

Bagi Mazhab Imam Ahmad dan ulama2 kontemporer, jika solat tersebut 2 rakaat, maka adalah afdal duduk al-Iftiraasy sebagaimana yang dinyatakan oleh Syiekh Abdul Aziz bin Baaz dan Syeikh Nasyiruddin Al-Albani :-

(a)Bin Baaz :-

ÅÐÇ ßÇäÊ ÇáÕáÇÉ ËäÇÆíÉ Ãí ÑßÚÊíä ßÕáÇÉ ÇáÝÌÑ æÇáÌãÚÉ æÇáÚíÏ ÌáÓ ÈÚÏ ÑÝÚå ãä ÇáÓÌÏÉ ÇáËÇäíÉ äÇÕÈÇ ÑÌáå Çáíãäì ãÝÊÑÔÇ ÑÌáå ÇáíÓÑì
"Jika solat itu adalah solat dua rakaat, seperti Subuh, Juma'at dan Eid, maka duduk iftirasy setelah bangkit dari sujud kedua, iaitu dengan menegakkan kaki kanan, dan duduk diatas kaki kiri" - [Majmu' Fataawa Abd Aziz bin Baaz 4/210]

(b) Al-Albani :-

ÝÅÐÇ ßÇäÊ ÇáÕáÇÉ ÑßÚÊíä ßÇáÕÈÍ¡ (( ÌáÓ ãÝÊÑÔÇ ))[1] ßãÇ ßÇä íÌáÓ Èíä ÇáÓÌÏÊíä¡ æßÐáß (( íÌáÓ Ýí ÇáÊÔåÏ ÇáÃæá ))[2] ãä ÇáËáÇËíÉ Ãæ ÇáÑÈÇÚíÉ.
"..Maka jika Solat itu 2 rakaat seperi subuh, "Duduk secara iftiraasy"[1], sebagaimana duduk diantara 2 sujud, dan begitulah "duduk didalam tashahud awal"[2] didalam Solat yang mempunyai 3 rakaat atau 4 rakaat".[Sifat Solat Nabi, ms 156].
-------------
[1] Al-Nasaa'i (1/173), dengan sanad sahih
[2] Al-Bukhari dan Abu Daud.

Walaubagaimanapun jika seseorang itu bersolat Subuh atau Eid pada tashahud akhirnya duduk secara Al-Tawarruk, maka ia tidaklah membatalkan solat sebagaimana yang dinyatakan oleh Sheikh Abu 'Abidah Masyhur bin Hassan Salmaan bahawa :-

æÅä ßÇä ÝÚáå æÊÑßå ÛíÑ ãÎáø ò ÈÕÍÉ ÇáÕøáÇÉ ¡ áßä ÇáÚãá ÈÇáÓäøÉ ÃÝÖá
"Jika ia meninggalkan perbuatan tersebut (cara duduk al-Iftiraasy) tidaklah melalaikan (neglectful), Solatnya sah, akan tetapi tidaklah mengikut amalan sunat yang afdal, "

ãä ÃÎØÇÁ ÈÚÖ ÇáãÕáøíä : ÝÚá ÇáÊøæÑß Ýí ÇáËøäÇÆíøÉ ¡ ßÇáÝÌÑ æ ÇáÌãÚÉ æÇáäøÇÝáÉ ¡ Ãæ ÊÑßå Ýí ÇáÑøÈÇÚíøÉ Ãæ ÇáËøáÇËíÉ Ýí ÇáÊøÔåÏ ÇáÃÎíÑ ãäåÇ ¡ æÅä ßÇä ÝÚáå æÊÑßå ÛíÑ ãÎáø ò ÈÕÍÉ ÇáÕøáÇÉ ¡ áßä ÇáÚãá ÈÇáÓäøÉ ÃÝÖá ¡ æåæ Ãä íßæä ÇáÊæÑøß Ýí ÇáÊÔåÏ ÇáÃÎíÑ Ýí ÇáËáÇËíøÉ Ãæ ÇáÑÈÇÚíøÉ ¡ Úáì Ãä áÇ íÖÇíÞ ãóäú ÈÌÇäÈå ãöäó ÇáãÕáøíä
"dari kesalahan2 sebahagian orang yang bersolat : melakukan duduk Tawarruk didalam solat yang 2 rakaat, seperti subuh, Jumaat dan Naafilah (solat sunat), atau meninggalkannya (duduk tawarruk) didalam solat yang 4 rakaat atau 3 rakaat didalam Tashahud akhirnya,Jika ia meninggalkan perbuatan tersebut (cara duduk al-Iftiraasy) tidaklah melalaikan (neglectful), Solatnya sah, akan tetapi tidaklah mengikut amalan sunat yang afdal, dan bagi mereka yang menjadi Tawarruk didalam Tashahud akhir didalam solat yang 3 rakaat atau 4 rakaat, dengan andaian ia tidak mengganggu orang yang bersolat disebelahnya" -[Qaul Al-Mubin, bahagian 8/22, ms 160].

Kesimpulannya ialah duduk yang paling afdal menurut ulama' kontemporer bagi solat yang 2 rakaat samada solat sunat (seperti Tarawih, Sunat Qabliyah, ba'diyah, Dhuha, Eid dsb) atau wajib (Solat Subuh, Solat Jumaat) ialah duduk Al-Iftiraasy, sebagaimana duduk diantara 2 sujud, iaitu kaki kanan menegak dan duduk diatas kaki kiri. Bagi solat yang mempunyai 3 atau 4 rakaat, adalah afdal dilakukan duduk tawarruk pada padi tahiyat akhir jika tindak mengganggu ma'mum disebelah. Wallahu'alam.

Wassalam
===========
Rujukan :

1. Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa Samaahah Al-Sheikh Abdul Aziz Bin Baaz - 4. cetakan 1. Riyad : Dar Al-Watan, 1995.

2. Shiekh Nasyiruddin Al-Albani. Sifat Solat Al-Nabi saw. cetakan ke2 dari cetakan baru. Riyad : Maktabah Al-Ma'arif, 1996.

3. Shiekh Abu 'Abidah Masyhur Hasan Salmaan. Al-Qaul Al-Mubin fi Akhthaa' Al-Mushalliin. cetakan ke 4. Dammaam : Dar Ibn Qayyim, 1996.

4. Shiekh Muhamamd Sadiq al-Minsyawi. Akhtaa' al-Mushalliin Kaherah : Daar al-Fadhilah, 1996.

خيرالأمين