SJ-05-0072 : Masalah Solat Jumaat

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0072 : Masalah Solat Jumaat

assalamualaikum...

Saya berada di Dunedin (Selatan New Zealand). Masjid di sebelah selatan ini hanyalah sebuah sahaja. Mereka membuat solat jumaat tepat bermula pada 1.10pm setiap jumaat tidak kira waktu masuknya waktu solat zohor. Adakalanya, seperti pada musim panas, zohor masuk pada pukul 2pm. dan saya pernah bertanya tentang mengapa dilakukan sedemikian, iaitu solat jumaat tepat pada pukul 1.10pm setiap jumaat sedangkan waktu zohor belum masuk. Jawapan mereka;kerana jika tidak dilakukan demikian nescaya orang-orang islam di sini tidak akan datang untuk solat jumaat kerana luch break adalah dari 1pm hingga 2pm. Adakah dibolehkan solat jumaat sebelum masuk waktu zohor mengikut mana-mana mazhab?Minta nasihat ustaz untuk menyelesaikan masalah ini

jazakallah khair

SJ-05-0072 : Masalah Solat Jumaat

:salam

European Council for Fatwa and Research yg diketuai oleh Dr YQ telah mengeluarkan fatwa mengenai isu yg ditanyakan ini pd sidang yg ke-3 di Cologne, Germany.

Mereka berpendpt bhw apa yg dipersetujui adalah solat jumaat hendaklah dilakukan selepas masuk waktu zuhur. Namun, jika berlaku kesukaran disebabkan jangkamasa siang yg singkat dan lainnya, maka dibolehkan berpegang kpd pendpt Hanbaliah yg membenarkan sblm masuk waktu zuhur ataupun melakukan slps masuk waktu asar dgn berpegang pula pada pendpt Malikiah. WA.

:wassalam

SJ-05-0072 : Masalah Solat Jumaat

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz g@y@t diatas repons diatas. Fatwa tersebut dikeluarkan pada persidangan Majlis fatwa & penyelidikan Eropah yang berlangsung pada 19-22 Mei 1999. Beikut adalah beberapa keputusan persidangan tersebut :-

http://www.e-cfr.org/images/a03.pdf

Terjemahan fatwa tersebut adalah sebagaimana yang dituliskan oleh Ustaz g@y@t.

Jumhur ulama' mengekalkan bahawa Solat dilakukan selepas tergelincir matahari dan bukan sebelumnya. Namun Imam Ahmad bin Hanbal, Ibn R'huya dan 'Ata' mengekalkan pandangan dibenarkan melakukannya sebelum tergelincir matahari.

Dikalangan mereka mengatakan bahawa Solat Jumaat boleh dilakukan sama masa dengan Solat Eid (Hari Raya), 10 atau 15 minit selepas terbut matahari sehinggalah tamat waktu zuhur. Ada yang berpendapat bahawa Solat Jumaat bermula 1 jam sebelum tergelincir matahari; maknanya jika Zuhur bermula pukul 1:00pm, maka Jumaat bermula pukul 12:00pm. Pendapat2 Mazhab Hanbali ini didasarkan dengan hadith2 Nabi :saw dan sebagaimana yang dilakukan oleh para sahabat2 ra. semasa melakukan solat Jumaat.

Ringkasnya, mereka berpendapat bahawa Hari Jumaat merupakan hari raya bagi orang Islam, maka hendaklah ia anggap sama seperti kedua2 Eid (Eid al-Fitr dan Eid al-Adha).

Didalam memberi komentar terhadap hadith2 Ahmad mengenai kejadian melakukan solat Juma'at sebelum tergelincir matahari, Ibn Abbas ra. dan al-Syawkani berpandangan bahawa hadith tersebut menunjukkan Solat Jumaat yang dilakukan selepas khutbah adalah selepas tergelincir matahari; maknanya Khutbah sahaja yang dibaca sebelum masuk waktu Zuhur, tetapi solat dilakukan pada waktu Zuhur.

'Ala kulli hal, didalam keadaan suasana negara yang tidak mempunyai ramai penduduk Islam dan tekanan2 dan keadaan (zuruf) yang berbeza, Fatwa dari Majlis fatwa & penyelidikan Eropah bolehlah digunakan sebagaimana yang terjadi ditempat anda. Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah juga mengeluar fatwa yang sama didalam buku beliau Fataawa Mua'syirah (boleh baca di Bank Fatwa Islam Online) dimana boleh menyatakan :-

ÝÅÐÇ ÇÓÊØÚäÇ Ãä íÕáí ÇáãÓáãæä ÇáÌãÚÉ Ýí ÇáæÞÊ ÇáãÊÝÞ Úáíå¡ æåæ ÈÚÏ ÇáÒæÇá Åáì ÇáÚÕÑ¡ Ýåæ ÇáÃæáì æÇáÃÍæØ¡ æÇáæÇÌÈ Úáì ÞÇÏÉ ÇáãÓáãíä ÇáÝßÑííä æÇáÚãáííä: Ãä íÍÑÕæÇ ÏÇÆãðÇ Úáì ÇáÎÑæÌ ãä ÇáãÎÊáÝ Ýíå Åáì ÇáãÊÝÞ Úáíå ãÇ æÌÏæÇ Åáì Ðáß ÓÈíáÇ.
ÃãÇ ÅÐÇ ÊÚÇÑÖ Ðáß ãÚ ÙÑæÝ ÇáãÓáãíä Ýí ÈÚÖ ÇáÈáÏÇä Ãæ Ýí ÈÚÖ ÇáÃæÞÇÊ¡ Ãæ Ýí ÈÚÖ ÇáÃÍæÇá¡ ÝáÇ ÍÑÌ Ýí ÇáÃÎÐ ÈÇáãÐåÈ ÇáÍäÈáí Ýí ÇáÊÈßíÑ ÈÇáÕáÇÉ ÞÈá ÇáÒæÇá¡ æáæ Ýí æÞÊ ÕáÇÉ ÇáÚíÏ ÚäÏ ÇáÖÑæÑÉ¡ ÝÅä ááÖÑæÑÇÊ ÃÍßÇãåÇ.

"Jika orang Islam boleh melakukan solat Jumaat pada waktu yang disepakati, iaitu selepas tergelincir matahari sehingga Asar, maka itulah yang diutamakan dan yang sangat berhati-hati, dan wajib bagi pemimpin Islam , para pemikir dan pelaksana Islam iaitu : bagi sentiasa mengekalkan keluar dari perselisihan kepada perkara yang disepakati jalannya.

Bagi keadaan yang berbeza yang dihadapi oleh orang Islam di beberapa negara, waktu, atau keadaan, maka tidak menjadi kesalahan mengambil pendapat dari Mazhab Hanbali iaitu melakukan solat sebelum tergelincir matahari (zawwal), dan pada waktu Eid apabila diperlukan, kerana hukumnya berdasarkan kepada keperluannya"

Prof. Khaled Muhammad Abdul-Kader, Professor of Shari`ah, Faculty of Imam Al-Awza`iy, menyatakan : jika orang Islam mendapati sukar melakukan solat Jumaat pada masanya disebabkan beberapa keperluan mendatang (urgent reasons), mereka boleh melakukannya sebelum tergelincir matahari, sebagaimana Fiqh mazhab Hanbali, ataupun pada waktu solat Eid. Ini disebabkan keperluan, dan sebagaimana yang kita tahu, keperluan tidak mengenali undang2. :aklam

wassalam
=======
Rujukan :

1. Majlis fatwa & penyelidikan Eropah. al-Bayaan al-khataami - LiDaurah al-'Aadiyah LilMajlis al-Eurobi lil Iftaa' al-buthut, 19-22 Mei 1999 URL : http://www.e-cfr.org/images/a03.pdf

2. Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi. ÕáÇÉ ÇáÌãÚÉ ÞÈá ÇáÒæÇá æÈÚÏ ÇáÚÕÑ URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=7923

خيرالأمين