SJ-13-0104 : pengajaran dari ayat ayat Al-Qur'an

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0104 : pengajaran dari ayat ayat Al-Qur'an

assalamualaikum.

apakah pengajaran yang boleh saya ambil dari Ayat Ayat Al-Qur'an Surah Al-Insaan.

Re: pengajaran dari ayat ayat Al-Qur'an

wa'alaikumussalam.

Alhamdlillah. Kami akan cuba menjawab soalan sr sa51 dngan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Surah al-Insaan ini merupakan surah nombor 76 dan mengandungi 31 ayat. Dinamakan al-Insaan kerana terdapatnya perkataan insan (manusia) didalam salah satu ayatnya. Surah ini digolongkan sebagai surah Madaniyyah dan diturunkan sesudah surah al-Rahman.

Diantara pengajaran dari surah al-Insaan (ÇáÅäÓÇä)adalah :

- mengingatkan penciptaan manusia dari tetesan mani, dan hidup satu ujian.
- petunjuk2 atau cara2 untuk mencapai penghidupan sempurna dengan mengikuti jalan yang lurus
- Menunaikan Nazar - memberi makan orang miskin dan anak yatim, orang yang di tawan kerana Allah.
- Takut akan hari Kiamat
- Galakkan bertasbih siang & malam - mengerjakan solat Tahajjud dan bersabar menjalankan hukum Allah.
- Ganjaran (darjat2 balasan Allah) bagi yang menurut petunjuk dan ancaman bagi yang mengingkarinya.

Surah Al-Insaan menerangkan bahawa setelah manusia di ciptakan, manusia diberi petunjuk untuk mencapai kehidupan yang sempurna, ada yang mengingkarinya, ganjaran bagi mereka yang mengikuti dan ancaman kepada mereka yang mengingkarinya. :aklam

wassalam
======
Rujukan :

1. al-Quran : wa Tarjamatu ma'aaniihi ila al-Lughati al-induuniisiyyah. Madinah : Mujamma' Khadim al-Haramain al-Syarifain alMalik Fahd, 1991.

خيرالأمين