SJ-04-0023 : Sekitar mandi wajib dan wuduk- menyapu mata dll

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0023 : Sekitar mandi wajib dan wuduk- menyapu mata dll

assalamualaikum w.b.t
Saya ada beberapa persoalan yang ingin dikemukakan kepada ahli panel mengenai permasalahan wudhuk dan mandi wajib. Harap dapat dibantu.
1. Membasuh muka ketika wuduk merupakan satu rukun. Persoalannya, adakah mata termasuk dalam rukun ini, yakni adakah perlu diratakan air ke dalam mata ketika membasuh muka? Bagaimana pula jika ia memakin kanta lekap? Perlukah dibuka ketika mengabil wuduk ataupun tidak?
2. Perlukah juga kita meratakan air ke dalam mata dan juga lubang hidung(menghirup air ke dalam lubang hidung) ketika mandi wajib?
3. Setakat yang saya faham, ketika mengambil wuduk dan juga mandi wajib, perlu juga diratakan air ke bawah kuku. Masalahnya, kadangkala terdapat sedikit kotoran di bawak kuku tangan dan kaki yang sukar dihilangkan. Maksud saya sukar dihilangkan ini ialah apabila dikuis dengan menggunakan kuku pada jari lain, ianya sukar dihilangkan dan memerlukan pencungkil seperti yang terdapat pada pengetip kuku. Itupun masih terdapat sisa-sisa yang dirasakan kotoran di bawah kuku tangan dan kaki. Persoalannnya, adakah sah mandi wajib saya jika saya hanya membuang kotoran di celah kuku dangan kadar yang termampu hanya dengan menggunakan kuku pada jari lain dan masih terdapat lagi sedikit kekotoran di bawah kuku saya ini?
Harap persoalan yang dikemukan jelas. jzk. wassalam
:wassalam

SJ-04-0023 : Sekitar mandi wajib dan wuduk- menyapu mata dll

:wassalam

alJawab:

1. a. mata sebahagian dari basuh muka?

J: TIDAK, kerana perbuatan berkumur-kumur dan istinsyaq (menghisap air ke hidung) pun bukan termasuk dalam ritual membasuh muka. Perbuatan menitiskan air ke dalam mata adalah perbuatan Ibn Umar dan ia bukan hujah syara'. [Qardhawi, Fiqh Taharah]

1.b kanta lekap atau contact lense.

Tidak perlu dibuka kerana ia dianggap sebahgian dari mata seseorang. Menitiskan air ke dalam mata bukan termasuk kewajiban atau sunnah wudhu'.

2. Menghirup air ke lubang hidung bg mandi wajib adalah khilaf fiqhi (diperselisihkan).
wajib menurut Hanbali dan Hanafi, sunat menurut Syafi'iy dan Maliki. Kata Qardhawi, ia cuma sunnah. Sunnah mandi ialah berwudhu' terlebih dahulu sebelum mandi. Meratakan air hingga ke dalam mata adalah perbuatan ekstrim.

3. Kata Imam anNawawi (alMajmoo', 1/346), kotoran yang menghalangi air dari mengenai kulit, maka wudhu' atau mandian tidak sah. Begitu juga pendapat Hanafiah (fath alQadiir, 1/10)

sekian