SJ-11-0037 : KERJA DI SYARIKAT YG KUAT RASUAH???

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0037 : KERJA DI SYARIKAT YG KUAT RASUAH???

:salam

Seorang anak bekerja dgn bapanya sebagai salah seorang pengurusan atasan sebuah syarikat. Bapanya mendapat pelbagai projek daripada kawan2nya di sektor kerajaan dgn pelbagai hadiah dan habuan diberi kepada rakan2nya yg menolong memberi projek.

1) Apakah hukum anak tersebut bekerja di syarikat tersebut walau tanpa terlibat dgn aktiviti 'hadiah/habuan' / rasuah? Gajinya halalkah?

2) Bagaimana dgn wang pemberian bapa tersebut kepada cucu2nya? Halalkah pemberian tersebut?

3) Sekiranya si anak membuat keputusan utk berhenti, bolehkan manfaat seperti kereta/handphone/rumah dipunyai/diterima hasil terima kasih si bapa kepada si anak kerana berkhidmat kepada syarikatnya?

Sekian, terima kasih.

SJ-11-0037 : KERJA DI SYARIKAT YG KUAT RASUAH???

:wassalam

alJawab:

0. Hendaklah dipastikan apakah syarikat itu benar-benar mengamalkan rasuah. Maksud rasuah ialah "setiap pemberian seseorang untuk memperoleh sesuatu yang tidak halal baginya." (Dr Abdullah alTariqi, Jarimah alRisyuah) bukan sekadar dzan (sangkaan) sahaja.

1. Si anak yang bekerja dengan syarikat ayah yang melakukan amalan Rasuah adalah tidak boleh. Dia tidak boleh bersyarikat dalam sesuatu yang batil. Jika dia tidak ada kemampuan untuk menolaknya atau dikhuatiri akan berlaku kerosakan dan perpecahan keluarga, maka dia berada dalam keadaan terpaksa. Maka dia hendaklah bersabar hingga ada jalan keluar. Dalil: " Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas, maka tidak ada DOSA baginya." AQT 2:173

2. Pemberian si ayah kepada cucunya adalah tidak halal kerana diketahui dari harta yg batil dari rasuah. Namun, wang itu hendaklah diambil dan kemudian diinfaqkan (dikeluarkan kepada kebajikan). Dalil: HR Malik dalam alMuwatta' dari Abdullah bin Rawahah ketika disuap oleh Yahudi,
" suapan kamu itu adalah haram dan kami tidak memakannya." (halal & haram fiil Islam lil Qardhawi), juga alhadith dalam fath alBari, "setiap ketul daging yg tumbuh dari (sumber) haram, maka nerakalah yang lebih utama membahamnya".

3. Apa yang anda terima itu bukanlah percuma melainkan sebagai imbuhan dari pekerjaan anda secara professional sebagai Pengurus Besar. Kemungkinan anda tidak tahu aktiviti sulit syarikat itu selama ini. Maka pendapatan anda dan ganjaran itu adalah halal kerana ia adalah gaji dan imbuhan dari pekerjaan anda. Maksud haram jika ia datang dari perbuatan rasuah.
Anda hendaklah bertindak dengan bijak supaya tali kekeluargaan anda tidak putus, dan jangan lupa anda hendaklah menggunakan semua langkah utk berbincang dari hati ke hati dengan bapa anda. Tapi ia memerlukan anda memiliki ilmu tentang keagamaan dan fiqh Risuah, anda memiliki kredibilitas dan disegani oleh keluarga. Jika anda yakin tidak mampu merubah suasana, maka hijrah atau membuka firma sendiri adalah langkah jangkapanjang yang terbaik buat anda supaya tidak ada kaitan dengan aktiviti rasuah syarikat keluarga anda.

sekian