SJ-13-0164 : lagi hadis muallaq

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0164 : lagi hadis muallaq

Assalamualaikum...

jazakallah ust thtl..insyallah penerangan ust ana faham...walaupun ana xblaja secara detail,tp alhamdulillah allah bg izinnya ana mengaji bab2 hadith nie.Kenapa ana xdapat nak buat soalan susulan kat web soalan ana tue??Ker ana yg x reti?Tiap2 kali nak tanya lagi kene buat thread baru?Apapun, merujuk soalan tersebut-

http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=29796.

Ana cuma nak clarify..jadi hadis muallaq yg disebut adalah dp sahih bukhari?Dan hadis muallaq dlm sahih bukhari semuanya sahih?kalau diriwayatkan tanpa sanad,mcm mana ulama2 muhaddith yg datang kemudian tahqiqkan??Dan ana juga nak mohon kalau al-ahkam boleh load kan sahih bukhari/muslim yg boleh dijadikan rujukan dlm al-ahkam.net sendiri...ana xtaulah,tp ana check kat tempat lain, hadis no 5590 merujuk hadis pasal sambung rambut...mungkin susunan kitab yg dia rujuk lain ana xtaulah,tp mmg harapan ana kalau al-ahkam ada rujukan yg kita boleh d/load dp web nie..jazakallah khair...sory soalan panjang plak

SJ-13-0164 : lagi hadis muallaq

:salam
Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Saya kebetulan mengajar subjek Ulumul Hadits. Berikut ini adalah petikan nota berkaitan hadits Mu'allaq:

Mu’allaq
Takrif: Gugur seorang rawi atau lebih pada awal sanad secara berturut-turut.

Contoh:
Hadis yang diriwayat oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya:
ÞÇá ÃÈæ ãæÓì: ÛØøì ÇáäÈí (Õ) ÑßÈÊå Ííä ÏÎá ÚËãÇä

Hadis ini adalah hadis Mu’allaq, kerana al-Bukhari telah membuang semua sanadnya kecuali sahabat, iaitu Abu Musa al-Asy’ari.

Hukumnya:
a. Hadis Mu’allaq tertolak kerana kurang satu syarat dari syarat-syarat hadis yang diterima, iaitu ittishal sanad (berhubung sanad). Di mana seorang rawi atau lebih digugurkan dari sanadnya tanpa kita ketahui keadaan rawi berkenaan.

b. Hukum hadis Mu’allaq di dalam dua kitab sahih
Secara mutlaknya, hadis Mu’allaq adalah tertolak. Namun, jika ia didapati di dalam kitab yang dapat dipegang kesahihannya (seperti Bukhari dan Muslim) maka ia mempunyai hukum yang khas:

- Jika ia menggunakan sighah (lafaz) jazam/tetap, seperti: Telah berkata (ÞÇá), telah menyebutkan (ÐßÑ) dan telah menghikayatkan (Íßì).

Hukumnya: Sahih.

- Jika ia menggunakan sighah (lafaz) tamridh seperti: Telah dikatakan, telah disebutkan dan telah di ceritakan.
Hukumnya: Tidak dihukum sebagai sahih.

Jika ditemui sanadnya secara muttashil di tempat lain dalam kitab ini, maka ia dihukum sebagai sahih.

Ini bermakna untuk mengetahui status hadis Muallaq di dalam Sahihain yang menggunakan sighah tamridh, hendaklah dengan cara mencari sanadnya. Hukumnya berdasarkan kepada hukum sanad berkenaan.

Hadis Mu'allaq yang terdapat di dalam Sahih Bukhari: 1341 hadis. Namun hadis-hadis berkenaan ada diriwayatkan di tempat lain dalam kitab ini dengan sanad yang muttashil (bersambung). Cuma tinggal 160 hadis yang tidak diperolehi sanadnya ditempat lain di dalam kitab ini.

Manakala di dalam kita Sahih Muslim terdapat: 3 buah hadis Muallaq. Iaitu di dalam bab Tayammum, Kitab hudud dan kitab al-Buyu'. Namun hadis-hadis berkenaan ada diriwayatkan dengan sanad yang muttashil di tempat lain di dalam kitab ini pada 14 tempat.

Sebahagian ulama telah berusaha mencari dan menghimpunkan sanad-sanad untuk hadis-hadis Muallaq yang terdapat di dalam sahih al-Bukhari. Mereka menyenaraikan sanad-sanadnya yang berhubung. Antara karya yang paling baik ialah koleksi yang dilakukan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani: Taghliq al-Ta'liq.

SJ-13-0164 : lagi hadis muallaq

:wassalam sham,

Ini kali terakhir ana layan bab hadith mu'allaq ni. Kalau nak tahu lebih banyak, sila hadir kuliah syarah sahih alBukhari oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA).

Kitab hadith sahih alBukhari terdiri dari 7397 buah hadith. Semuanya sahih belaka menurut persyaratan alBukhari. Bilangan hadtih asal ialah 2,602 sahaja, yg selebihnya adalah juga hadith sahih tapi terdapat di dalamnya hadith mu'allaq, mauquf (atsar sahabat), hadith maqthu' (atsar tabi'in) dan hadith mutabi' (penguat).

Pensyarah kitab sahih alBukhari adalah seramai 82 orang, yang termasyhur ialah alHafidz Ibn Hajar alAsqalani (fath albari). Mereka inilah yang bertungkus lumus mengkaji hadith mu'allaq ni samada ia bersambung atau tidak. Macam mana ahli tahqiq mentahqiq tu panjang ceritalah kalau kita nak cerita. Ini macam kisah ilmu kedoktoran, macam mana doktor sekarang boleh menemui ubat kepada penyakit2 yang zaman dulunya doktor tidak tahu. Macam mana doktor hari ini menemui virus dan penawarnya, sudah tentu dari ujikaji dan perkembangan ilmu kedoktoran. Begitu juga ilmu hadith, ia juga dinamik bukan statik.

Bila ahli hadith lihat dalam sahih alBukhari ada hadith mu'allaq sedangkan apa jua yg alBukhari muatkan dalam sahihnya adalah sahih, tapi sanadnya tidak ada. Ini satu cabaran sedangkan Imam alBukhari sudah wafat. Tapi di sana ilmu rijal hadith sudah berkembang pesat, maka sudah ada banyak tools atau alat atau kaedah untuk mentahqiq hadith.

Mengenai rujukan hadith, al-Ahkam tidak ada database hadith yang standard. mungkin sifoo akan fikirkan. cuma yg ada ialah standard kode dari kementerian waqaf Arab Saudi atau MSA yg diasaskan dgn pengkodan Dr Muhsin Khan (English).

Hadith alat muzik yg kami petik dalam soaljawab gitar ni dipetik dari rujukan Dr alQardhawi (Fiqh alghina' wa musiqi, #5590)
Jika kita rujuk dalam kode saudi arabia, ia keluar hadith spt yg anda sebutkan itu. jika kita rujuk secara search perkataan, hadith ini tidak di beri kod nombor, kemungkinan edisi saudi tidak menyenaraikan hadith ini kerana status mu'allaqnya. Namun hadith ini ada database mereka tanpa nombor hadith. Ia berada dalam kitab: Minuman (alasyribah)
bab:
ÈÇÈ ãÇ ÌÇÁ Ýíãä íÓÊÍá ÇáÎãÑ æíÓãíå ÈÛíÑ ÇÓãå )

terjemah: "org yg menghalalkan Khamar & menamakannya bukan dgn namanya"
Edisi Dr Muhsin Khan pula:

Volume 7, Book 69, Number 494v:
Narrated Abu 'Amir or Abu Malik Al-Ash'ari:
that he heard the Prophet saying, "From among my followers there will be some people who will consider illegal sexual intercourse, the wearing of silk, the drinking of alcoholic drinks and the use of musical instruments, as lawful.

Kami harap anda berpuashati dengan jawapan kami kali ni.

SJ-13-0164 : lagi hadis muallaq

pertama kali terjadi jawapan thtl dan syaikh alsifoo keluar serentak tanpa dirancang. wbmnp, jawapan dari pengajar uloom hadith lebih diungguli.