SJ-13-0213 : Malik Imtiaz membela Abdul Kahar

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0213 : Malik Imtiaz membela Abdul Kahar

:salam

Quote:
Mahkamah Persekutuan: Tempoh 60 hari

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan semalam membenarkan permohonan seorang lelaki yang menghadapi tuduhan mendakwa dirinya nabi dan menghina ajaran Islam, mencabar beberapa peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Abdul Kahar Ahmad, 56, dari Kampung Kemensah, Ampang, diberi tempoh 60 hari mulai semalam untuk memfailkan petisyen itu.

Dia memohon perisytiharan bahawa Seksyen 7, 8(a), 10(b), 12 dan 13 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan Seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 terbatal dan melanggar Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan.

Abdul Kahar menamakan kerajaan Selangor sebagai responden.

Peguamnya, Malik Imtiaz Sarwar, berkata tuduhan terhadap Abdul Kahar yang menyebarkan ajaran salah, menghina dan melanggar ajaran Islam dan bertindak menyalahi fatwa dan Mufti, bukannya kesalahan mengikut ajaran Islam.

Pada 17 Ogos 2005, Abdul Kahar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor terhadap lima tuduhan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Dia dibenarkan ikat jamin RM8,000.

Pengikutnya, Mazli Mansor, 48 dan Mat Razali, 43, juga mengemukakan permohonan serupa bagi mencabar kesahihan Seksyen 8(a) dan 16(1)(a) enakmen berkenaan. Kedua-duanya turut didakwa mengikut seksyen itu.

Dalam afidavit mereka, Abdul Kahar dan Mazli berkata, hanya Parlimen diberi kuasa menggubal undang-undang jenayah, dan oleh itu, Dewan Undangan Negeri Selangor tidak ada kuasa membuat peruntukan berkenaan kerana masing-masingnya adalah peruntukan undang-undang jenayah.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim juga membenarkan kerajaan Malaysia mencampuri prosiding berkenaan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Thursday/Mahkamah/20070104104620/Article/indexs_html

Malik Imtiaz?

http://www.menj.org/2006/08/27/an-open-letter-to-malik-imtiaz-sarwar/
http://www.suaram.net/display_statement.asp?ID=569
http://www.malaysia-today.net/Blog-e/2005/03/liberal-voice-refuses-to-be-hushed-up.htm

SJ-13-0213 : Malik Imtiaz membela Abdul Kahar

wsm,

patutnya di postkan ke Ruangan Diskusi dan isu Semasa.