SJ-10-0069 : Qurban untuk Orang yang telah meninggal dunia

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0069 : Qurban untuk Orang yang telah meninggal dunia

:salam

Boleh tak kita lakukan Qurban untuk orang yang telah meninggal dunia?
Saya ingin lakukan Qurban pada tahun ini untuk datuk saudara saya yang telah meninggal dunia. Untuk pengetahuan panel, datuk saudara saya ni tidak mempunyai anak lelaki ataupun perempuan.

SJ-10-0069 : Qurban untuk Orang yang telah meninggal dunia

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Amalan korban (udhiyah) menurut jumhur ulama' adalah sunnah mu'akkadah yang dilakukan mereka yang masih hidup. Ulama' mengatakan, satu binatang adalah mencukupi untuk satu keluarga sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi :saw.

Ada beberapa keadaan yang dilakukan korban bagi pihak si-mati :-

a. Jika si-mati telah meninggalkan wasiat agar wang yang ditinggalkan itu digunakan untuk amalan korban, mereka hendaklah mereka yang hidup melakukan bagi pihak si-mati.

b. Ketua rumah juga boleh melakukan korban bagi pihak dirinya dan keluarga, termasuklah keluarganya yang masih hidup dan yang telah mati. Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi :saw.

c. Melakukan korban secara suka rela dan berasingan kepada si-mati diperbolehkan berdasarkan umum maksud hadith dibawah ini :-

ÅÐÇ ãÇÊ ÇÈä ÂÏã ÇäÞØÚ Úãáå ÅáÇ ãä ËáÇË : ÕÏÞÉ ÌÇÑíÉ ¡ Ãæ Úáã íäÊÝÚ Èå ¡ Ãæ æáÏ ÕÇáÍ íÏÚæ áå
dir="ltr">"Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memunafaatkannya, atau Anak soleh yang mendo'akan keatasnya" [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].

al-Lajnah al-Daaimah mengatakan bahawa korban ini juga merupakan amalan sedekah yang ganjarannya boleh memberi kesan kepada si-mati.

Sebagai cucu saudara kepada si-mati tersebut, anda juga boleh melakukan korban bagi pihak beliau. Sebaik-baiknya hendaklah anda melakukan korban untuk diri dan keluarga anda, dan juga datuk saudara anda.

Disini, ada satu komentar menarik yang diutarakan oleh Syiekh Ibn Utsaimin rh didalam membicarakan bab korban kepada si-mati. Selain dari 3 keadaan yang dinyatakan diatas, beliau tidak nampak wujudnya sunnah amalan melakukan korban khas kepada si-mati, walaupun atas dasar mereka yang disayangi.

Nabi :saw tidak pula melakukan korban bagi pihak isterinya, Khadijah ra. yang telah meninggal, atau pun melakukan korban bagi pihak bapa saudaranya Hamzah ra [Risaalat Ahkaam al-Udhiyah wa al-Dhakaah]. Ini menjelaskan bahawa amalan korban ini merupakan amalan yang berkait rapat dengan orang hidup. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين