SJ-10-0071 : BAHAGIAN KORBAN DAN AKIKAN

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0071 : BAHAGIAN KORBAN DAN AKIKAN

[b]Saya nak tahu mengenai bahagian akikah dan koban. Jika akikah dibuat dengan lembu, adakah 1 bahagian untuk seorang? Bolehkah kita buat 1 bahagian untuk anak yang kembar sekaligus.
Koban pula, ada ustaz menyebutkan bahawa jika sebuah keluaga melakukan korban, ia boleh diwakilkan kepada satu bahagian sahaja. Apa benar, selama yang saya belajar di sekolah, satu bahagian korban untuk seorang. adakah boleh dibuat satu bahagian untuk sebuah kelaurga. Jadi seekor lembu, 7 bahagian, maka boleh dilaksanakan untuk 7 keluarga. Minta ustaz jelaskan dengan dalilnya sekali ya..

SJ-10-0071 : BAHAGIAN KORBAN DAN AKIKAN

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan adat kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Quote:
Jika akikah dibuat dengan lembu, adakah 1 bahagian untuk seorang? Bolehkah kita buat 1 bahagian untuk anak yang kembar sekaligus.

Aqiqah ini disunatkan dengan kambing bagi setiap anak, Lebih baik lagi (jika mampu), jika anak lelaki hendaklah disembelih 2 ekor kambing sebagaimana A'isyah ra katanya :

Ãä ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÃãÑåã Úä ÇáÛáÇã ÔÇÊÇä ãßÇÝÆÊÇä æÚä ÇáÌÇÑíÉ ÔÇÉ
dir="ltr"> "Sesungguhnya Rasulullah saw mengarahkan mereka menyembelih 2 kambing yang serupa bagi anak lelaki dan 1 bagi anak perempuan" -[Hadith riwayat al-Tirmudzi; beliau mengatakan Hasan Sahih; Ibn Majah %3163, Sahih al-Tirmudzi #1221].

Ulama' Mazhab membenarkan aqiqah menggunakan lembu sebagaimana hadith yang diiwayatkan oleh Anas ra. bahawa Nabi :saw bersabda :-

ãä æáÏ áå ÛáÇã¡ ÝáíÚÞ Úäå ãä ÇáÅÈá æÇáÈÞÑ æÇáÛäã
dir="ltr"> "Barangsiapa yang melahirkan anak lelaki, maka beraqiqahlah dengannya Unta, Lembu atau Kambing" - [hadith riwayat al-Tabarani].

Menurut Ensaiklopedia Fiqh Kuwait, Mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali bersetuju bahawa binatang yang ingin diaqiqahkan diperbolehkan sebagaimana binatang korban seperti Unta, Lembu dan Kambing, dipersetuji oleh 2 pandangan Malik. Selainnya mengatakan bahawa hanya boleh beraqiqah menggunakan kambing. Mereka berbeza pendapat mengenai berapa bahagiannya :-

a. Mazhab Syafie :- membahagikan aqiqah sebagaimana melakukan korban; iaitu 1 kambing atau 1/7 Unta atau 1/7 Lembu.
b. Mazhab Maliki dan Hanbali :- satu lembu seluruhnya, atau satu Unta seluruhnya.

Berbalik kepada persoalan diatas, berdasarkan hadith Nabi :saw : ßá ÛáÇã ÑåíäÉ ÈÚÞíÞÊå maksudnya - "Setiap anak lelaki di gadaikan dengan aqiqahnya", eloklah dilaku setiap bahagian lembu tersebut (1/7) kepada setiap anak-anaknya. Ada riwayat yang menyebut bahawa Nabi :saw melakukan aqiqah kepada setiap seorang cucunya, Hasan ra. dan Husein ra..[Hadith Riwayat Abu Daud #2841, al-Nasaa'i #4219].

--------------

Quote:
Apa benar, selama yang saya belajar di sekolah, satu bahagian korban untuk seorang. adakah boleh dibuat satu bahagian untuk sebuah kelaurga. Jadi seekor lembu, 7 bahagian, maka boleh dilaksanakan untuk 7 keluarga

Benar, satu bahagian adalah mencukupi bagi satu keluarga didalam ibadat korban, Nabi :saw telah menempah kibash yang mempunyai kaki hitam, perut hitam dan warna hitam mengelilingi matanya agar baginda dapat melakukan ibadat korban. Berkata baginda kepada A'isyah ra. "Berikan ku Pisau" dan A'isyah telah memberinya. Baginda mengambilnya dan meletakkan Kibash di atas tanah lalu menyembelihnya seraya berkata :

ÈÓã Çááå ¡ Çááåã ÊÞÈá ãä ãÍãÏ ¡ æÂá ãÍãÏ ¡ æãä ÃãÉ ãÍãÏ Ëã ÖÍì Èå
dir="ltr"> "Dengan nama Allah, Ya Allah, terimalah (korban ini) bagi pihak Muhammad dan keluarga Muhammad, dan umat Muhammad, kemudian dia mengorbankannya" [Hadith Riwayat Muslim].

Telah diriwayatkan oleh Ayob al-Ansari bahawa :-

ßÇä ÇáÑÌá Ýí ÚåÏ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáøã íÖÍí ÈÇáÔÇÉ Úäå æÚä Ãåá ÈíÊå¡ ÝíÃßáæä æíØÚãæä
dir="ltr"> "Dizaman Nabi :saw, seseorang lelaki boleh berkorban seekor kambing bagi pihak diriya dan kaum keluarganya, dan mereka akan makan sebahagian dan memberikan (agihkan) sebahagiannya" [Riwayat Ibn Majah dan al-Tirmudzi].

Menurut ulama', 1/7 unta atau lembu, menyerupai seekor kambing, maka memadai 1/7 lembu dikorbankan bagi pihaknya dan keluarganya. WA.

Petikan sebuah fatwa berbahasa Inggeris didalam IslamOnline :-

Quote:
One Sacrifice Is Sufficient for the Whole Family

It is sufficient for the head of the household to offer one animal on behalf of himself and the members of his family, as it was proved that the Prophet (peace and blessings be upon him) offered a she-goat on behalf of himself and his kith and kin. However, one may also offer a whole camel or cow as sacrifice on behalf of one, and seven people can share in offering one cow or camel, whether they belong to the same family or not. In this regard, according to Jabir (may Allah be pleased with him), the Prophet (peace and blessings be upon him) and his Companions shared during the Hudaybiah year in offering sacrifices: seven of them would share in offering one camel or cow.

[b\All About Udhiyah: Rulings and Conditions [/b]
url : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1135167182386

Sekian, wassalam
==============

1. Dr Mustafa al-Khin [et. al]. al-Fiqhu al-Manhaji - 1. cetakan ke 4. Damsyik : Daar al-Qalam, 2000.ms 490.

2. Fatwa Markas Dr Abdullah al-Faqih. . url : http://www.islamweb.net/ver2/Istisharat/ShowFatwa.php?lang=A&Option=FatwaId&Id=15288

خيرالأمين