SJ-07-0101 : Termasuk dlm kos urusan Jenazah?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0101 : Termasuk dlm kos urusan Jenazah?

:wassalam

Seseorang mengunakan wang si mati (harta pusaka) utk melakukan amalan2 kebiasaan seperti berikut:

1. Mengupah org yg solat jenazah ke atas arwah
2. Mengupah org yg membaca al-Quran di kubur
3. Menyediakan makanan utk tahlil hari 1-7, setiap mlm jumaat hingga ke hari 40.

Adakah wang yg telah digunakan utk program2 tersebut 'justified' kerana termasuk di dalam skop pengurusan jenazah atau perlu diganti kerana diluar dari skop. Apakah urusan2 yg diperbolehkan utk mengunakan wang si mati.

Syukran.

SJ-07-0101 : Termasuk dlm kos urusan Jenazah?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå¡ ÃãÇ ÈÚÜÏ

Bagi kos pengurusan jenazah, maka boleh diambil daripada harta peninggalan si mati. Maksud pengurusan jenazah ialah: membeli kain kafan, mengupah mandi mayat, mengupah menggali kubur, menyewa van jenazah atau mengupah tukang usung, dan keperluan2 lazim bagi pengurusan jenazah menurut syarak.

Malahan, kos pengurusan jenazah mestilah didahulukan daripada wasiat, faraidh, hutang mayat dan hak-hak lain.

Manakala apa yang anda sebutkan iaitu: upah solat jenazah, upah baca quran di kubur, dan membuat makanan tahlil selama seminggu, TIDAK HARUS diambil daripada harta si mati, dan juga harta orang lain.

Kerana ibadah2 seperti solat jenazah dan membaca quran mestilah dilakukan ikhlas kerana Allah, dan tidak harus mengambil upah dan memberi upah untuknya. Manakala menyediakan makanan untuk program tahlilan selama seminggu hingga 40 hari, ia bukan suatu tuntutan syarak dan tidak pernah diamalkan oleh Nabi SAW dan kaum salaf.

rujukan:
- Tahqiqaat Mardhiyyah Fil Mabahith al-Faradhiyyah