SJ-05-0322 : rukuk apabila imam ukuk

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0322 : rukuk apabila imam ukuk

:salam

sy nak tanya pasal solat berjemaah,
adakah boleh sy rukuk apabila imam rukuk, walaupon sy belom habis membaca surah al-fatihah, sedangkan sy bukan makmum yg masbuq???
adakah rakaat sy tak diterima??

SJ-05-0322 : rukuk apabila imam ukuk

Alhamdulillah......aljawab

Sebenarnya soalan ini telah banyak kali dijawab oleh Panel Feqh AAN dalam ruangan soal jawab feqh dan sebagainya....Termasuklah yang telah dijawab oleh Syaikh thtl seperti link dibawah :

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=33349&highlight=imam

Begitu juga telah dijawab oleh syaikh Kamin dengan link dibawah ini :

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=29957&highlight=imam

Walaubagaimanapun , ana akan jawab juga soalan ini secara ringkas nya seperti dibawah :

Ulama sepakat bahawa membaca al-Fatihah adalah suatu kewajiban dalam solat samada solat bersama Imam atau solat sendiri

Cumanya dalam masalah membaca al-fatihah dalam solat berjama’ah , Ulama (khususnya Imam mazhab yang empat) telah berbeza-beza pendapat dan pendapat yang paling tepat ialah makmum diwajibkan untuk membaca al-fatihah bersama imam selagi mana ia mampu untuk berbuat demikian.Sekiranya imam telah pun rukuk sedangkan ia masih belum menghabiskan bacaan al-fatihahnya , maka yang lebih baik baginya ketika itu ialah mengikuti imam dengan melakukan rukuk bersama-sama imam , bukan meneruskan bacaan al-fatihahnya.Ini kerana mengikuti imam pada ketika itu adalah yang lebih diutamakan.

Berdalilkan kepada hadis Abu Hurairah ra daripada Rasulullah saw :

ÅäãÇ ÌÚá ÇáÇãÇã áíÄÊã Èå ÝÅÐÇ ßÈÑÝßÈÑæÇ ¡ æÅÐÇ ÑßÚ ÝÇÑßÚæÇ

Maksudnya : “Sesungguhnya dijadikan Imam adalah untuk diikuti , sekiranya ia bertakbir , maka bertakbirlah kamu dan sekiranya ia rukuk maka rukuklah kamu………”

(HR Imam Bukhari : 734 , Imam Muslim : 417 dan Abu daud : 603)

Kesimpulannya solat saudara tetap sah dan diterima oleh Allah swt …in sya Allah

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com