SJ-05-0365 : Imam bermufaraqah, boleh ke?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0365 : Imam bermufaraqah, boleh ke?

Salam.
Apa hukum seorang imam niat keluar dari jemaah (ketika sedang mengimami makmum) dan terus sambung solat secara bersendirian.
Adakah sah solat imam tersebut?
Bagaimana pula dgn solat makmum di belakangnya?

SJ-05-0365 : Imam bermufaraqah, boleh ke?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Dalam solat jemaah, tidak disyaratkan imam berniat menjadi imam. Jika dia tak berniat jadi imam, tetapi orang di belakangnya mahu berimam dengannya, sah solat jemaah itu. Cuma imam tak dapat pahala jemaah, makmum sahaja yang dapat. Ini mazhab Syafie, maliki, dan lain-lain. (Majmuk 4/203)

- Jika pada permulaan solatnya, imam niat menjadi imam, kemudian sewaktu solat dia bertukar niat tak mahu jadi imam, dia dikira solat bersendirian. Tetapi, makmum di belakangnya tetap boleh mengikut solatnya. Solat imam dan makmum itu sah, cuma pahala jemaah hanya diperolehi makmum sahaja.

Wallahu A'lam.