SJ-2093: Wudhu'-Menyentuh wanita (2)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
SJ-2093: Wudhu'-Menyentuh wanita (2)

:salam

Maaf terpaksa guna email ustaz sekali lagi. sekali lagi saya cuba mengemukakan soalan tapi tidak berjaya. msg yg keluar ialah "The host you are trying to send the input from is not a valid host. "
Ini soalan saya:
Maaf kerana saya masih kurang jelas dgn penjelasan THTL dlm SJ-2053 soalan 2 (wudhuk). Adakah dgn mengetahui dalilnya sekarang, kita kena mengambil pendapat bhw bersentuhan itu tidak membatalkan wudhuk? Apakah hujah yg di ambil oleh ulama terdahulu yg menyebabkan mereka mengatakan bersentuhan itu membatalkan wudhuk? Sesungguhnya saya hamba Allah yg kurang ilmu. Wassalam

Re: SJ-2093: Wudhu'-Menyentuh wanita (2)

:wassalam
Jawab:
Saya tidak arif mengenai masalah teknikal yg anda alami ketika cuba mengemukakan soalan kepada Ahkam. Harap terus mencuba.
Kembali pada isu apakah wajar ditinggalkan pendapat Imam atau madzhab jika terbukti ada pendapat lain yg lebih rajih. Kita jawab sudah tentu: kerana itulah pesanan para Imam mujtahidin termasuk asySyafi'iy sendiri," jika kamu jumpa hadis yg sahih, maka itulah madzhabku. Seperti yg kita maklum, pendapat madzhab Syafi'iy ternyata paling keras dalam isu batalnya wudhu' bila menyentuh perempuan, tapi pendapat ini mengalami perubahan dari Qaul Qadim kepada Qaul Jadid. Jika kita lihat dalam Qaul Qadim (semasa Imam Syafi'iy menetap di Baghdad, ia lebih keras yakni batal wudhu' jika menyentuh semua wanita, baik mahram sekalipun. Kemudian pada Qaul jadid (bila Imam) menetap pula di Kota Cairo, beliau menarik balik batalnya wudhu' jika menyentuh mahram. Ini bermakna dinamisme atau perubahan dalam pendapat dan fatwa itu bisa sekali berlaku kerana sifat ilmu itu juga mengalami pembaharuan dengan dalil2 yg baru ditemui.
Maka bila sudah ada hadis sahih dari Muslim (Jld 3/203), contohnya dari Aisyah ra, pada suatu malam bila saya dapati Nabi tiada, saya meraba-raba mencari baginda dan saya terpegang kaki baginda ketika itu baginda sedang sujud."
Begitu juga dalam versi Bukhari dari Aisyah.
Dalam kitab Aun alMa'abud, syarah Sunan Abu Daud, 1/69 terdapat hadis di mana baginda mencium isteri baginda dan tidak berwudhu' lagi.
Oleh itu bila kita buat kajian perbandingan, pendapat jumhur (majoriti) Imam lebih rajih. WA