SJ-10-0099 : Makan dan minum degan bekas emas dan perak

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0099 : Makan dan minum degan bekas emas dan perak

:salam :8:

saya ada soalan berkanaan masalah seperti tajuk diatas
saya ada terdegar hadis, Allah akan menuangkan api neraka ke dalam mulut org yg minum dgn bekas emas dan perak....
minta ustaz berikan hadis yg sebenar kerana kecetekan ilmu saya

soalannya:

1) adakah terdapat khilaf ulama dlm perkara ini?
2) dlm hadis disebutkan minum (tk brp pasti)... adakah sama hukumnya dengan makan?
3) adakah termasuk jugak jika hanya sudu dan garfu emas yg digunakan?

4) akhir sekali apakah termasuk juga jika menggunakan bekas yg disadur emas dan perak?

SJ-10-0099 : Makan dan minum degan bekas emas dan perak

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Hadis tersebut ialah:

ÇáÐí íÔÑÈ Ýí ÂäíÉ ÇáÝÖÉ ÅäãÇ íÌÑÌÑ Ýí ÈØäå äÇÑ Ìåäã

Maksudnya: Sesiapa minum dalam bekas perak sesungguhnya dia menuangkan dalam perutnya api Jahannam.
Direkod oleh Bukhari (no: 5311) dan Muslim (no: 2065).

1) Hukum makan dan minum dalam bekas emas dan perak, memang ada khilaf. Ada yang hanya kata makruh tanzih. Tetapi pendapat yang kuat ialah haram, iaitu pendapat jumhur. Kata Imam Nawawi: "Cukup untuk menunjukkan dhaifnya pendapat ini (yg kata makruh) ialah ia bertentangan dengan hadis-hadis yang sahih". (Majmuk 1/249).

2) Hukum makan dan minum adalah sama, kerana sabit juga larangan makan dalam hadis sahih, iaitu:

æáÇ ÊÔÑÈæÇ Ýí ÂäíÉ ÇáÐåÈ æÇáÝÖÉ æáÇ ÊÃßáæÇ Ýí ÕÍÇÝåÇ ÝÅäåÇ áåã Ýí ÇáÏäíÇ æáäÇ Ýí ÇáÂÎÑÉ

Maksudnya: Dan jangan minum dalam bekas emas dan perak, dan jangan makan dalam pinggannya. Maka sesunggugnya ia untuk mereka di dunia, dan untuk kita di akhirat.
Direkod oleh Bukhari (no: 5110) dan Muslim (no: 2067).

3) Berdasarkan illah (sebab/hikmah) pengharaman iaitu ia lambang kemewahan, dan berlebih-lebihan, maka sudu dan garfu yang dibuat dari emas dan perak juga hukumnya sama dengan bekas makanan.
Dalam fatwa Syeikh Bin Baz: "Hukum sudu-sudu disamakan dengan hukum bekas makanan (emas dan perak)".Majmuk Fatawa 19/72.

4) Bekas-bekas yang disadur emas & perak, atau campuran emas atau perak dengan bahan lain, diperselisihkan pada keharamannya.

Dalil ia juga haram ialah lafaz Daraqutni (1/40), "Sesiapa minum dalam bekas emas atau perak atau bekas yang ada sedikit daripadanya (emas atau perak) maka sesungguhnya dia menuangkan dalam perutnya api Jahannam".

(Fathul Bari 9/555)