Nota: Syarah Sahih Muslim: Bab: Pengharaman Khamar / Arak

Sahih Muslim 20/05/2009 - Pengharaman Khamar/arak

Oleh zain-ys (al-ahkam.net)
(Nota ini berdasarkan kuliah Maulana Mohd Asri Yusoff SM-200509)

Apa itu khamar/arak? Pada kuliah ini kita akan disajikan perbahasan feqh berkenaan takrifan khamar. Sebahagian besar kupasannya adalah berdasarkan syarah oleh al-Imam al-Nawawi. Kita lihat terdapat perbezaan antara jumhur ulama dan Imam Abu Hanifah tentang takrifan khamar.

Kepada sesiapa yang ingin mengkaji tentang hukum arak, alkohol dan yang berkaitan dengannya di samping mereka membaca pelbagai fatwa ulama kontemporari mengenainya, adalah dicadangkan juga untuk mengikuti isikandungan kuliah ini dan siri berikutnya. Ia akan membawa kita kembali kepada perkara paling asas atau bahan mentah berkenaan hukum-hakam arak dan alkohol. Kita akan didedahkan dengan ijtihad para imam salaf mengenainya.



 

Pembacaan Matan:
Durasi 00:00:00 Pembacaan matan hadis - Kitab: Tentang minuman: Bab: Pengharaman Khamar / arak
Durasi 00:10:35 Pembacaan matan hadis: Bab: Pengharaman Memproses arak untuk dijadikan cuka.
Durasi 00:11:00 Pembacaan matan hadis: Bab: Pengharaman berubat dengan arak
Durasi 00:11:38 Pembacaan matan hadis: Bab: Menyatakan semua yang direndam untuk dibuat arak daripada kurma, tamar dan anggur itu dinamakan khamar/arak


 

Terjemahan Hadis:
Durasi 00:13:00 Terjemahan: Bab: Pengharaman Khamar
Durasi 00:32:56 Terjemahan: Bab: Pengharaman Memproses arak untuk dijadikan cuka.
Durasi 00:33:26 Terjemahan: Bab: Pengharaman berubat dengan arak
Durasi 00:33:57 Terjemahan: Menyatakan semua yang direndam untuk dibuat arak daripada kurma, tamar dan anggur itu dinamakan khamar/arak



Syarah Hadis:
Durasi 00:35:33 Syarah: Keharaman khamar dan penjelasan minuman tersebut terbuat dari perahan anggur, tamar, tamar yang baru nak masak dan zabib/anggur kering dan selainnya yang memabukkan.
- Gambaran latarbelakang kehidupan para sahabat dan khamar sebelum dan semasa mereka mendapat tahu khamar telah diharamkan. Juga gambaran jenis-jenis arak yang biasa dihidangkan pada waktu itu.

Durasi 00:39:43 Sebahagian para sahabat mati dalam keadaan dalam perutnya berisi arak. Bagaimana kedudukan mereka di sisi Allah?
Durasi 00:40:22 Ali r.a. menjual rumput kepada tukang emas Yahudi untuk penyelenggaraan perkahwinannya dengan Saiyidah Fatimah r.a.

Pengajaran:
- Sunnah menghimpunkan wang untuk majlis perkahwinan mengikut kemampuan masing-masing.
- Dibenarkan berkerja dengan orang kafir atau menerima upah dari mereka.
- Boleh bersahabat dengan orang kafir dalam mencari rezeki.
- Mencari rezeki yang halal kelihatan remeh dan lekeh seumpama menjual rumput tidak menyebabkan jatuh maruah.
- Boleh menjual bahan bakar kepada orang-orang yang memerlukan samada kepada orang Islam atau orang kafir.

Durasi 00:44:19 Kisah saidina Hamzah r.a. dan rakan-rakannya meminum arak sebelum diharamkan dan membunuh unta saidina Ali r.a.
Durasi 00:48:40 Ulasan Imam al-Nawawi berkaitan peristiwa di atas.

Durasi 01:01:43 Jenis-jenis arak pada zaman sebelum ia diharamkan dan Syarah imam al-Nawawi mengenai alkohol
Apa maksud khamar yang diharamkan menurut para ulama?
Pendapat 1. Al-Syafi'i, Malik, Ahmad serta jumhur ulama salaf dan khalaf:  Khamar ialah perahan air samada dari anggur, tamar atau sebagainya yang memabukkan. Ia haram diminum.

Pendapat 2.
Segolongan dari penduduk Basrah: Yang dikatakan khamar yang diharamkan ialah perahan anggur dan air rendaman anggur kering (zabib) yang mentah . Sedangkan yang dimasak dari kedua-dua bahan ini dan yang mentah adalah halal selagi ia tidak memabukkan.

Pendapat 3: Imam Abu Hanifah: Yang diharamkan ialah air perahan kurma dan anggur, samada sedikit ataupun banyak, samada memabukkan ataupun tidak, kecuali jika dimasak sehingga kurang dari dua pertiga.
Manakala air rendaman tamar dan anggur kering (zabib/kismis) yang dimasak, adalah halal sekalipun terkena api walaupun sedikit.
Jika yang mentah, haram hukumnya, namun peminumnya tidak dikenakan sebatan had/hudud.
Jika ia memabukkan, maka haram hukumnya berdasarkan ijmak kaum muslimin.

Durasi 01:14:08 Hujah Jumhur ulama
1- AL-Quran: Allah Taala mengingatkan bahawa illah/alasan haramnya khamar ialah ia menghalang seseorang dari mengingati Allah dan solat. Dan illah ini wujud pada semua yang memabukkan.
Ijmak mengatakan air perahan anggur adalah khamar dan haram, sekalipun tidak memabukkan.

Durasi 01:16:06 2. Al-Hadis: Banyak hadis-hadis sahih yang dinyatakan oleh Imam Muslim dan selainnya. Antaranya ialah sabda Nabi s.a.w.
- Setiap yang memabukkan itu haram.
- Baginda s.a.w. telah melarang setiap yang memabukkan.
- Setiap yang memabukkan adalah khamar.

Durasi 01:20:07  Ketika arak diketahui diharamkan, para sahabat membuang atau menumpahkan arak hingga ia mengalir ke segenap lorong di Madinah.
Imam al-Nawawi berkata, mazhab al-Syafi'i dan mazhab jumhur berpendapat: Arak tidak suci bila diproses menjadi cuka. Di dalam hadis ini menunjukkan hal demikian.
Manakala Imam Abu Hanifah membolehkannya.

[Klik untuk download video di bawah..]

 

Kategori Berita: