SJ-01-0156 : was-was murtad

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0156 : was-was murtad

Disebabkan bebanan was2 yg saya hadapi suatu masa saya terlintas,

"itu batal ini batal,banyak pantang larang,rase nak keluar Islam je"

tu kira murtad ke. Check website baheis kata kalo niat murtad, kira sah.
tapi kalo ikut M'sian system kene lalu court dulu,so far perintah allow murtad utk orang Melayu tak boleh lagi.

kalo saya solat lepas tu mcm biase, sah ke. ni semua saya berpendapat dalam rangka kerje setan menyesatkan saya.
kalo murtad kene mandi wajib balik ke.. qadak puasa,solat semua. tapi ni semua hanya lintasan hati saja.. na'uzubillah

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: was-was murtad

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

- Orang mukmin akan diuji oleh Allah Taala. Antara ujianNya ialah dalam menghadapi was-was dari Syaitan yang kadang-kadang melibatkan perkara kufur.

- Kewajipan orang Mukmin dalam berdepan dengan was-was syaitan ialah menolaknya jauh-jauh dan memohon perlindungan dengan Allah daripada terpengaruh. Apabila seseorang Mukmin melalui ujian was-was dan berjaya menepisnya, ia adalah tanda kemimanan yang nyata.

- Dalam hadis sahih, ada sahabat datang kepada Nabi Sallallahu Alahi Wasallam dan mengadu tentang was-was yang sangat dahsyat untuk diucapkan. Lalu baginda mengatakan, "Itulah Iman yang nyata". (lihat: Sahih Muslim no: 132)

- Was-was sebenarnya tidak akan sekali-kali memberi kesan kepada akidah seseorang Mukmin jika dia bermujahadah melawannya.

- Maka, nasihat kami kepada mereka yang diuji dengan was-was dalam perkara ini:

1- Pohon perlindungan dengan Allah daripada segala was-was dan bisikan syaitan.
2- Sentiasa ingat kepada Allah Taala, membaca Quran, dan membaca zikir-zikir yang dianjurkan oleh syarak.
3- Sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu bersama alim ulama.

Wallahu A'lam.