SJ-02-0006: Amal soleh dan Jihad

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-02-0006: Amal soleh dan Jihad

Saya ingin mendapat penjelasan berkenaan 2 istilah yg diatas
1. Apakah Amal saleh dan apakah jihad : apa persamaan dan perbezaannya? serta contoh yg berkaitan

SJ-02-0006: Amal soleh dan Jihad

:salam

Alhamdulillah, inilah jawapannya:

amal salih:
Usaha-usaha yang baik dan berfaedah. Sama ada untuk diri sendiri, keluarga, agama dan negara. Misalnya melakukan ibadat sembahyang, membantu keluarga yang susah dan sebagainya. Mereka yang beriman serta beramal salih saja yang masuk ke dalam syurga kelak.
(Ruj: Kamus istilah Islam: http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=16971 )

Jihad:
1- Melakukan sesuatu dengan hemah yang tinggi dan tabah tanpa mengira susah payah dan penat lelah. 2- Menentang orang kafir kerana mempertahankan kesucia agama Islam dan dakwah. Sekiranya mati ia dikira sebagai mati syahid. Adakalanya jihad menjadi fardhu ain jika musuh melanggar negara
(Ruj: Kamus Istilah Islam: http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=16979 )

Amal soleh adalah umum dan jihad lebih khusus. Jihad adalah salah satu bentuk amal soleh.

wallahu a'lam

Sekian, moga bermanfaat..

:wassalam