SJ-03-0046 :SJ-03-0002:Mazi berterusan(Perlu baharui wudhu?)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0046 :SJ-03-0002:Mazi berterusan(Perlu baharui wudhu?)

Assalamualaikum,
Berdasarkan jawapan SJ-03-0002 : Mazi berterusan. Seseorang mengalami salahsatu dpd masalah-masalah yang dinyatakan dan sekiranya dia telah mengambil wudhu, adakah perlu memperbaharui wudhunya semula sekiranya:

1a. Sedang bersiap-siap hendak memakai kain, baju atau telekung (belum mula solat), cecair keputihan atau mazi atau sbgnya keluar.

1b. Sedang dalam perjalanan ke masjid.

2. Bagaimana dengan memegang al-Quran?

Jazzaka Allahu Khairan. Wassalam.

SJ-03-0046 :SJ-03-0002:Mazi berterusan(Perlu baharui wudhu?)

:wassalam

ÇáÌæÇÈ
alJawab:

Madzi tidak keluar berterusan kerana ia adalah cecair yang keluar bila syahwat sedang naik selalunya melalui cumbuan dan khayalan seksual.

Jika yang dimaksudkan dengan darah istihadhah perempuan yang berterusan keluar, berikut adalah panduan al-hafidz alNawawi:
wanita itu hendaklah membasuh kemaluannya sebelum berwudhu', menyumbat dengan kapas atau semisalnya dan berwudhu' dan segeralah solat. satu wudhu' itu sah untuk satu solat dan jika diyakini belum keluar sah untuk solat-solat sunat. Demikian penjelasan Imam nawawi dalam alMajmu' 2/555, syarh sahih Muslim 2/256 bab 14: alMustahaadhah wa Ghasluha wa solatuha)

Jika madzi itu keluar berterusan, Hadith riwayat Ali bin Abi Thalib ra"

((íÛÓá ÐßÑå Ëã áíÊæÖÃ))

"basuhlah zakarnya dan kemudian berwudhu'lah" [muttafaq alaih]

setiap kali nak solat, basuh zakar dan berwudhu'.

sekian