SJ-03-0053 : soalan lagi: taharah, solat dan siyam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0053 : soalan lagi: taharah, solat dan siyam

:salam

maafkan ana sebab masukkan thread sebanyak 2 kali di bawah 'kemukakan soalan feqh'.

soalan lagi

1) sucikah air yg secawan untuk diminum jika terdapat semut/ kumbang2 / binatang2 kecil( selalunya di lampu2 d rumah) yang mati di dalamnya?

2) berapakah harakat yang dibenarkan bagi 'AllahuAkbar' semasa takbiratul ikram..

3) adakah batal puasa bagi org yg memasukkan jari atau sesuatu kedalam rongga badan( hidung, telinga, dubur)..ini kerana, ana confious bila terbaca article yg mengatakan tidak batal puasa jika berbuat demikian..apakah pendapat yg utama?
::cry:
maafkan kerana banyak bertanya dan menyusahkan semua..
thank kerana membantu ana yg kurang ilmu ini

Quote:
SJ-03-0053 : soalan lagi: taharah, solat dan siyam

:wassalam

alJawab:

1) Kesucian air adalah berdasarkan kaedah yang masyhur dalam fiqh sunnah: tiada perubahan pada warna, rasa dan baunya. Kata Imam Ibn Qudamah dalam al-Mughni (1/39), jika binatang yang tidak mempunyai darah mengalir (serangga), maka airnya adalah suci. Cuma uruf orang Malaysia yang mewah dgn air, maka sudah tentu ia tidak tergamak meminum air yang sudah dimasuki serangga. Rumusan: dari segi hukum feqahnya air itu masih suci, tapi dari segi uruf (kebiasaan) orang kita, mereka tidak mahu meminumnya lagi, kerana air bukanlah suatu yang sukar diperolehi di negara tropika. Sama juga dengan kes lalat (zubab) yang jatuh dalam bekas minuman, boleh diminum jika dibenamkan lalat itu, tapi lalat dalam budaya Melayu juga mengundang kejijikan.

2) harakat yang dibenarkan ialah mad tabi'iy (dua harakat) pada huruf lam (Imam Muhammad Abdul Wahab, adaab almasysyi ila solat/82)
Dalam Fiqh Syafi'iy, kata Imam Nawawi, disunahkan melafadzkan takbiratul ihram dengan cepat dan tidak memanjangkannya (alMajmoo' syarh alMuhadzaab, 3/299)
m
3) Ia dikembalikan kepada tujuan seseorang memasukkan sesuatu dalam rongga badannya. jika tujuannya untuk memasukkan makanan dan minuman supaya dapat menghilangkan lapar dan haus atau untuk tujuan apa sebenarnya? jika ada keperluan, maka dima'afkan. Kata Prof al-Qardhawi dalam Fiqh Siyam (118): Semua di atas dan pelbagai lagi yang seumpama adalah hukum yang ditokok tambah ke dalam ibadah puasa sehingga benar-benar memberatkan umat Islam
sekian