SJ-03-0060 : Renjis Kawasan Yang terkena kencing = mazi??

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0060 : Renjis Kawasan Yang terkena kencing = mazi??

Salam akhi thtl,

Jika cara mensucikan air mazi dengan sekadar renjisan kawasan yang terkena sahaja, boleh tak jika kawasan yang terkena air kencing kita renjis sahaja..

SJ-03-0060 : Renjis Kawasan Yang terkena kencing = mazi??

:wassalam akhi rocker yg salafi,

Setiap najis kekadang kita kena cuci menurut ketentuan nas, ada najis yg diringankan hukumnya kerana kesulitan (masyaqqah), antaranya madzi (kerana ramai orang yg sering ghairah dan banyak keluar madzi), maka jika disyaratkan mencuci, maka sudah tentu akan mendatangkan kesulitan.

Kencing pula sudah ditentukan oleh syari'atkan kena dicuci juga. Cuma kencing bayi lelaki yg masih menyusu 100% disamakan dengan hukum cucian madzi. adapun kencing bayi perempuan hatta yg masih menyusu 100% pun diwajibkan mencucinya. apatah kencing lelaki dewasa!

dalil hadith: "kencing bayi lelaki diperciki air, sedangkan kencing bayi perempuan hendaklah dicuci."sahih, al-Irwaa' (1/188) WA