SJ-03-0076 : kencing unta boleh minum ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0076 : kencing unta boleh minum ?

assalamualaikum kpd ahli panel yg dihormati...

sy terbaca dlm buku ensiklopedia solat dr pustaka imam syafii yg mengatakan air kencing unta bole diminum berdasarkan sebuah hadis ckp bhw nabi bnarkan ( sy x ingat matan hadis tp muttafaqun alaih )

mohon penjelasan ttg hukum ini adakah ia bole diminum dan adakah dikira x najis klu disentuh ? atau hadis ini utk situasi darurat shj

syukran...

SJ-03-0076 : kencing unta boleh minum ?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah, kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Hadith minum kencing unta riwayat Anas merupakan hadith sahih (al-Bukhari #2855, Muslim #1671) yang mengisahkan terdapat beberapa orang yang datang ke Madinah dan mereka sakit, lalu Nabi :saw menyuruh mereka minum susu dan kencing unta, dan akhirnya mereka pun sihat.

Ibn Qayyim memetik kata-kata Ibn Sina (pengarang Kitab al-Qanuun) : Kencing yang ada khasiat ialah kecing dari unta Badui yang dipanggil Najeeb. [Zaad al-Ma'aad, 4/47-48].

Ulama' khilaf berkenaan dengan hukum kesucian air kencing unta. Bagi Mazhab Syafie, air kencing binatang yang halal di makan tetap najis, akan tetapi mereka mengharuskannya bagi tujuan perubatan. Berkata al-‘Izz bin Abdussalam rh. “Harus berubat dengan najis apabila tidak ada ubat yang suci yang boleh menggantikannya, kerana maslahat kesihatan dan kesejahteraan itu lebih sempurna berbanding dengan maslahat menjauhi najis. Dan tidak harus berubat dengan arak mengikut pendapat yang lebih benar.”

Walaubagaimana pun, Jumhur fuqaha' pula mengatakan bahawa air kencing binatang yang halal di makan adalah suci, termasuk unta. WA.

Sekian, wassalam.

خيرالأمين