SJ-03-0123 : Alkohol pada tisu

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0123 : Alkohol pada tisu

:salam

Haritu beli tisu ada tulis ingredient "steryl alcohol". Boleh ke nak guna/adakah najis?

Bagaimana pula dengan alkohol pencuci monitor komputer contohnya, adakah najis/tak najis?

SJ-03-0123 : Alkohol pada tisu

:salam

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ

Sebenarnya tidak semua alcohol itu najis.Para Ulama yang mengatakan alcohol itu najis adalah berdasarkan kepada hukum bahawa arak itu adalah najis sebagaimana yang digambarkan oleh Al-Quran al-Karim dalam surah Al-Maidah ayat 90 :

íóÇ ÃóíõøåóÇ ÇáóøÐöíäó ÂãóäõæÇ ÅöäóøãóÇ ÇáúÎóãúÑõ æóÇáúãóíúÓöÑõ æóÇáúÃóäúÕóÇÈõ æóÇáúÃóÒúáóÇãõ ÑöÌúÓñ ãöäú Úóãóáö ÇáÔóøíúØóÇäö ÝóÇÌúÊóäöÈõæåõ áóÚóáóøßõãú ÊõÝúáöÍõæäó

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah najis dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.

Alkohol dikatakan najis lantaran ianya adalah bahan yang digunakan untuk memproses arak yang mana hukumnya adalah najis berdasarkan ayat di atas.Adapun alcohol yang digunakan dalam proses pembuatan bahan makanan dan minuman serta bahan-bahan boleh guna lainnya adalah dari jenis alcohol yang berbeza dengan alcohol arak tersebut.

Malahan kandungan alcohol yang digunakan juga tidak melebihi jumlah peratusan yang telah ditetapkan oleh majlis Fiqh antarabangsa.

Begitu juga dengan alcohol yang digunakan untuk mencuci monitor komputer.Secara jelasnya , sebarang alcohol yang boleh memabukkan hukumnya adalah najis dan haram digunakan , manakala alcohol yang tidak memabukkan ianya tidak najis dan boleh dimanfaatkan.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com