SJ-03-0127 : Panduan hilangkan najis anjing di garaj kereta

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0127 : Panduan hilangkan najis anjing di garaj kereta

Assalamualaikum,

Saya mohon bantuan.
Apakah cara yang mudah untuk menghilangkan najis anjing di ruangan garaj kereta. Kawasan tersebut berbumbung, jadi tiada hujan akan membasahi dan mengalirkan najis tersebut.

Najis tersebut kering dan telah pecah kepada serpihan dan serbuk kecil serta telah terpelanting ke serata lantai garaj. Sekiranya disapu, akan ada serbuk/serpih yang mungkin terpelanting dan mengenai tempat2 lain.

Adakah perlu disertu?

Terima kasih

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Panduan menghilangkan najis anjing di garaj kereta

:salam

Ringkasnya , cara membersihkan najis anjing yang terdapat di garaj kereta saudara ialah dengan menggunakan air dan sabun.Tidak perlu di sertu seperti yang kebanyakkan masyarakat lakukan.Ini kerana , jilatan anjing sahaja yang diwajibkan untuk disertu iaitu dibasuh dengan 7 kali basuhan dan salah satunya dicampur dengan tanah sebagaimana mafhum daripada sabda Rasulullah saw (HR Imam Muslim 279).Selain daripada itu , ianya boleh dibersihkan dengan hanya menggunakan air dan sabun sehingga diyakini kawasan tersebut telah bersih.Itu sahaja sudah memadai.

Untuk mengelakkan daripada najis yang telah kering tersebut berterbangan ke serata kawasan garaj jika disapu , maka saudara tidak perlu menyapunya.Gunakan air secara terus ke kawasan najis tersebut dan basuhlah kawasan tersebut sehingga bersih.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com