SJ-04-0115 : beludah masa mandi wajib boleh ke

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0115 : beludah masa mandi wajib boleh ke

1) kumur-kumur pastu ludah.. boleh ke..

2) memang pelik soalan ni. sebab apa pulak dalam wudhu ada soalan minum air lebihan wudhu.. pening jugak tu

Re: beludah masa mandi wajib boleh ke

salam

Ringkasnya :

1) Sepanjang pengetahuan kami , tiada larangan dalam Islam tentang perbuatan tersebut semasa mandi wajib.

2) Perbuatan meminum air lebihan wudhuk adalah sunnah atau perbuatan yang dilakukan oleh Nabi saw sebagaimana hadis Riwayat An-nasaie , no. 94 :


أن الحسين بن علي قال دعاني أبي علي بوضوء فقربته له فبدأ فغسل كفيه ثلاث مرات قبل أن يدخلهما في وضوئه ثم مضمض ثلاثا واستنثر ثلاثا ثم غسل وجهه ثلاث مرات ثم غسل يده اليمنى إلى المرفق ثلاثا ثم اليسرى كذلك ثم مسح برأسه مسحة واحدة ثم غسل رجله اليمنى إلى الكعبين ثلاثا ثم اليسرى كذلك ثم قام قائما فقال ناولني فناولته الإناء الذي فيه فضل وضوئه فشرب من فضل وضوئه قائما فعجبت فلما رآني قال لا تعجب فإني رأيت أباك النبي صلى الله عليه وسلم يصنع مثل ما رأيتني صنعت يقول لوضوئه هذا وشرب فضل وضوئه قائما .

...................................dan dia telah minum lebihan air wudhu'nya dalam keadaan berdiri

Berdasarkan hadis di atas sebahagian ulama mengatakan bahawa mengambil wudhuk dengan menggunakan gayung adalah merupakan sunnah Nabi saw yang mana dengan menggunakan gayung akan memudahkan untuk kita meminum air lebihan wudhuk yang masih berbaki dalam gayung tersebut....Wa Allahu A'alam.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com