SJ-05-0004 : sembahyang sunat sblm jumaat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0004 : sembahyang sunat sblm jumaat

assalamualaikum....
apakah hukum sembahyang sunat sblm jumaat.setahu saya ia adalah bidaah krn nabi tak pernah buat.tapi saya lihat ramai ust2 yg mlkukannya.semasa khatib berdoa pd khutbah ke2 knp makmun2 pun mngakat tngn dan mgaminkan doa ?adakah ianya bidaah???terangkan kpd saya mngnai bidaah2 hari jumaat.
sekian,

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
re: SJ-05-0004 : sembahyang sunat sblm jumaat

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Persoalan solat sunat sebelum Jumaat atau lebih spesifik lagi Solat Qabliyah Jumaat telah banyak dijawab oleh al-Ahkam didalam Ruangan soalan arkib al-ahkam. Akan tetapi untuk tidak menghampakan sdr alhakim, saya quote kembali jawapan-jawapan kami diruangan ini, Insyaallah.

Bid'ah-bid'ah yang dilakukan didalam Solat Jumaat pada masa kini banyak yang telah dikenal pasti dan ditulis oleh ulama'-ulama' terkenal, dan diantaranya buku karangan ahli hadith, Sheikh Nasyiruddin Al-Albani didalam bukunya berjudul "Al-Ajwibah Al-Naafi'ah 'an As 'ilati Lajnah Masjid Al-Jaami'ah" (ÇáÃÌæÈÉ ÇáäÇÝÚÉ Úä ÃÓÆáÉ áÌäÉ ãÓÌÏ ÇáÌÇãÚÉ). Diakhir buku tersebut dikepilkan senarai 75 bid'ah-bid'ah dihari Jumaat. Alhamdulillah, kami telah pun menterjemahkan senarai bid'ah tersebut dan anda boleh membacanya di url berikut :

Bid'ah Jumaat - Syiekh Nasyiruddin Al-Albani
url (sila klik) : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=26494

Disini kami paparkan jawapan-jawapan moderator al-ahkam mengenai isu sunah Qabliyah Jumaat.

Quote:
Jawapan Al-Fadhil Ustaz Gayat

Solat Qabliyyah jumaat.

Adapun permasalahan ini, ulama’ berselisih pendapat berkaitannya. Pendapat adanya sunat Qabliyyah Jumaat disokong oleh Mazhab Hanafiyah, Syafi’iyah dan sesetgh Hanbaliah.Manakala yg menolaknya Mazhab Maliki, yg masyhur dari Hanbaliah dan sesetgh Syafi'iyyah.

Berkata Ibn Hajar al-Asqalani dlm Fath al-Bari, “Dan adapun sunat jumaat sebelumnya maka tidak sabit padanya sedikitpun drpd hadis.”

Ibn Hajar rh juga berkata bahawa sekuat2 dalil yg dipakai oleh mereka yg mengatakan adanya qabliyyah jumaat semuanya membawa pengertian umum solat antara 2 azan dan solat2 selain solat jumaat. Krn tidak sabit dari mana2 hadis yg sahih yg mengatakan Rasulullah saw melakukannya.

sumber : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=16955

Quote:
Jawapan al-Fadhil Ustaz thtl

1. Mengenai Qabliyah Juma'at, memang sah tidak ada qabliyah Juma'at kecuali tahyatul mesjid. Jika ada orang bertaklid dgn madzhab Syafi'iy, Imam Nawawi sendiri menafikan adanya sebarang solat setelah Khatib naik mimbar (lihat anNawawi, alMajmu' 4/428)

Hadis Tabarani dalam Mu'jam alAwsat itu memang dha'ef menurut alBukhari kerana terdapat perawi bernama Muhamad bin Abd Rahman asSahmi yg dinilai dha'eef olehnya. (Fathul Bari,2/420)

2. Adapun tentang solat Ba'diyahnya: kita bersetuju dgn kenyataan anda, bahawa ia sunat. Riwayat terkuat ialah 2 raka'at dan dikerjakan di rumah (jika rumah dekat dgn mesjid)

Dalil: HR Bukhari-Muslim dari Ibn Umar ra, adapun RasuluLlah saw tidak mengerjakan solat ba'diyah Juma'at sehinggalah baginda pulang lalu mengerjakan dua raka'at di rumahnya."
WaLlahu a'alam

sumber : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=8730

Quote:
Jawapan kamin

Menurut Sheikh Abdul Aziz bin Baaz, bekas Mufti Arab Saudi didalam bukunya berjudul Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah, katanya:

"Tiadalah bagi Jumaat itu sunat sebelumnya menurut pendapat yang paling shahih dari dua pandangan ulama' ini, tetapi telah benarkan oleh syara' kepada orang Islam, apabila masuk ke Masjid bagi menunaikan solat yang dipermudahkan oleh Allah, maka berilah salam pada setiap 2 rakaat, kerana sabda nabi saw :"Solat malam dan siang [selain dari yg wajib] ada 2 dan 2 [rakaat]" - {ÕáÇÉ Çááíá æÇáäåÇÑ ãËäì ãËäì } riwayat Imam Ahmad.

Sesungguhnya ada sahih dari Nabi saw didalam banyak hadis-hadis shahih, adalah dibenarkan oleh syara' apabila seorang Islam masuk ke masjid pada hari Jumaat agar menunaikan apa-apa yang Allah izinkannya bersolat sebelum Imam keluar. Nabi saw tidak menghadkan berapa jumlah rakaat samada 2, 4 atau pun lebih. Kesemua ini baik, tetapi minimanya ialah 2 Rakaat Tahiyat Al-Masjid."

------
Bagi pensyarah Al-Azhar, Dr Abdul Fattah Ashour pula:

"Bukanlah azan pertama dan kemudiannya azan kedua yang menjadikan sunat menunaikan Sunat Qabliyah Jumaat sebagaimana yang dinyatakan, tetapi seungguhnya ia adalah Solat Sunat Azan sebagaimana warid dari nabi saw : "Setiap 2 azan ada Solatnya" { Èíä ßá ÃÐÇäíä ÕáÇÉ}, "Apa-apa (solat) diantara Azan dan Iqamah" {¡ Ãí ãÇ Èíä ÇáÃÐÇä æÇáÅÞÇãÉ}, "Barangsiapa bersolat sebelum Imam naik ke Mimbar, solatlah ia 2 rakaat" {Ýãä Õáì ÇáÑßÚÊíä ÞÈá ÕÚæÏ ÇáÅãÇã ááãäÈÑ ÕáÇåÇ ÑßÚÊíä}, Sesungguhnya solatnya didalam masjid adalah 4 rakaat, sebagaimana yang dinyatakan didalam hadis-hadis tersebut.

Telah dinyatakan oleh Al-Syafie didalam solat Zohor, dijadikan 2 rakaat sebelumnya sebagai sunat mu'akad, dan tetapi apa yang datang dari Nabi saw bertentangan dengan apa yang diikuti, Sesungguhnya para jemaah mengadakan solat 2 rakaat Qabliyah yang mengikut mazhab Syafie dan mereka ini ramai yang melakukan di Mesir, Suruhan (perintah) atau tidak, dan akhirnya ia tidak mengajak kepada perselisihan dan kontroversi {{ æáÚá ãä íÕáæä ÇáÑßÚÊíä ÓäÉ ÞÈáíÉ íÊÈÚ ÇáãÐåÈ ÇáÔÇÝÚí æÇáÐí Úáíå ßËíÑ ãä ÇáäÇÓ Ýí ãÕÑ¡ æÇáÃãÑ ÃæáÇ æÃÎíÑÇ áÇ íÏÚæ Åáì ÎáÇÝ æÊäÇÒÚ .}}. "

--------

Bagi ulama salaf pula mengatakan memang tidak ada sunat Qabliyah Jumaat. Ini telah dijelaskan oleh Sheikh Nasyiruddin Al-Albani (Bida' Al-Jumu'ah), Ibnu Qayyim (Zaad al-Ma'aad), Imam Abu Shaamah (Kitaab Al-Jumu'ah) dll. Walaubagaimana pun menurut beberapa ulama', tidaklah wajar meninggalkan solat sunat sebelum Imam naik ke Mimbar (untuk membaca Khutbah). Ini telah dinyatakan oleh kedua-dua ulama' diatas dengan membawa hadis-hadis yang dibenarkan oleh syara' bersolat sunat sebelum Jumaat seperti solat sunat azan atau Sunat Mutlaq atau setidak-tidaknya Solat Tahiyatul Masjid. Malah menurut Sheikh Abdul Aziz didalam Majmu' fatawa (4/500-501):"Sunat tatkala memasuki masjid bersolat 2 rakaat Tahiyat Al-Masjid walaupun Imam sedang berkhutbah".

Rujukan :

1. Sheikh Abdul Aziz Bin Baaz. Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah. Riyad 12/386

2. Dr Abdul Fattah Ashour. Fatwa IslamOnline.Net. Sunat Qabliyah Jumaat. url :
sumber : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=72541

3. Dr Wahbah Zuhaily. Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu. cetakan ke 3. Dar Al-Fikr, 1989

4. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' fatawa Jilid 4. Dar Al-Watan.

sumber petikan Soal-Jawab : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=11753

WA, wassalam

خيرالأمين