SJ-05-0039 : Qunut Dlm Witir ? esp >> Ramadhan's style

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0039 : Qunut Dlm Witir ? esp >> Ramadhan's style

assalamu'alay-kum..

tatkala sedang menjalani ibadah puasa pd thn ini... yg mana pd malamnya alhamduliLlah... ana masih dikurniakan kesempatan utk menunaikan terawih bil jama'ah...

timbul sedikit persoalan... sewaktu QUNUT >> dlm witir (slalu dibuat slpas malam ke 15 @ 17 ) ... adakah di sana, terdapat DALIL SARIH drpd NASH QAT'IE menunjukkan terdapatnya amalan tersbut?

WA

Re: SJ-05-0039 : Qunut Dlm Witir ? esp >> Ramadhan's s

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr VHoutenJr dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah rh didalam Majmu' Fataawa mengatakan terdapat 3 pendapat mengenai Qunut semasa witir :-

1 Ü Þíá áÇ íõÓúÊóÍóÈøõ ÈÍÇáò¡ áÃäå áã íËÈÊ Úä ÇáäÈí Ü Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ü Ãäå ÞäÊ Ýí ÇáæÊÑ.
2 Ü æÞíá : Èá íõÓÊÍÈ Ýí ÌãíÚ ÇáÓøóäóÉö ßãÇ äõÞöáó Úä ÇÈä ãÓÚæÏ æÛíÑå¡ æáÃä Ýí ÇáÓää Ãä ÇáäÈí Ü Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ü Úóáøóãó ÇáÍÓä Èä Úáíøò ÏÚÇÁð íÏÚæ Èå ÞäæÊ ÇáæÊÑ.
3 Ü æÞíá Èá íÞäÊ Ýí ÇáäÕÝ ÇáÃÎíÑ ãä ÑãÖÇä ßãÇ ßÇä ÃõÈóíøõ Èä ßÚÈ íÝÚá.

"1. Pandangan yang mengatakan tidak mustahab perkara tersebut, kerana sesungguhnya tidak thabit dari Nabi saw melakukan qunut didalam witir.
2. Pendangan yang mengatakan mustahab melakukan qunut sepanjang tahun sebagaimana Ibn Mas'ud ra dan lain2, kerana ia sunnah Nabi saw. Baginda saw mengajar Hasan bin Ali ra doa yang dibaca didalam Qunut Witir.
3. Pandangan yang melakukan Qunut pada separuh akhir bulan Ramadhan sebagaimana Ubai bin Ka'ab melakukannya."

Menurut Ibn Taimiyah lagi : "perintah supaya dilakukan Qunut didalam witir merupakan salah satu dari jenis2 do'a yang dilakukan didalam solat. Barangsiapa yang ingin melakukan, maka bolehlah melakukannya, sesiapa yang ingin meninggalkannya maka tingalkanlah. Sebagaimana eloknya seorang lelaki melakukan witir dengan 3 rakaat,atau 5 rakaat,atau 7 rakaat."

Begitu juga dengan Do'a qunut. Kata beliau :-

æßÐáß íÎíÑ Ýí ÏÚÇÁ ÇáÞäæÊ Åä ÔÇÁ ÝÚáå¡ æÅä ÔÇÁ ÊÑßåþ.þ æÅÐÇ Õáì Èåã ÞíÇã ÑãÖÇä ÝÅä ÞäÊ Ýí ÌãíÚ ÇáÔåÑ¡ ÝÞÏ ÃÍÓäþ.þ æÅä ÞäÊ Ýí ÇáäÕÝ ÇáÃÎíÑ¡ ÝÞÏ ÃÍÓäþ.þ æÅä áã íÞäÊ ÈÍÇá ÝÞÏ ÃÍÓäþ.þ
"Jika ingin melakukannya, dibolehkan dan jika tidak mahu, maka tinggalkannya. Apabila bersolat Qiam Ramadhan, jika dilakukan qunut keseluruhan bulan, maka itu adalah lebih baik. Jika melakukan Qunut pada separuh akhir Ramadhan, itu pun baik. Dan jika tidak melakukan Qunut didalam hal ini, itu pun baik"

Ulama' mengatakan bahawa membaca Qunut ini sunat hukumnya. Syiekh Abdul Aziz bin Baaz apabila ditanya samada bolehkah meninggalkan Qunut kadang-kala didalam Solat Witir, beliau mengatakan : boleh, tidak ada salahnya meninggalkan Qunut.

Syiekh Ibn Baaz mengatakan bahawa Nabi saw mengajar Hasan ra membaca do'a qunut didalam witir. Cuma tidak ada nas yang menegah untuk melakukan sepanjang bulan. Ini menunjukkan hukum membolehkan. Ubai ibn Ka'ab ra mengetuai sahabat didalam membaca Qunut didalam Witir; beliau juga meninggalkannya didalam beberapa malam. Kemungkinan bertujuan mengajar manusia bahawa do'a qunut ini hukumnya bukan wajib, tetapi sunat.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Taimiyah rh, jika sesiapa yang ingin melakukan qunut pada hari 15 keatas, maka dipersilakan, cuma yanglah melarang pula mereka yang ingin melakukan Qunut sepanjang bulan Ramadhan pula. Perkara ini kan sunat hukumnya. WA.

wassalam
==========
Rujukan :

1. Mohammad bin Abdul Rahman Qasim. Majmu' Fatawa Shiekh Al-Islam Ibnu Taimiyah - 22. Mekah : Percetakan Al-Hukumah, 1969. ms 264-269.

خيرالأمين