SJ-05-0069 : solat isyak

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0069 : solat isyak

aslm wbt..ini emel dr seorang kwn saya kpd saya..maybe panel ahkam dpt menjwb
-------------------------------

assalamualaikum wbt..
ana pun ada buat sikit research pasal solat isyak kat cn n ana dah pun bincang ngan roomate ana. kalau ada kesilapan, sila betulkan ana

Riwayat dari Abu Hurairah maksud hadith: Kalaulah tidak menjadi kesusahan kepada umatku, nescaya aku menyuruh mereka melewatkan solat Isyak sehingga kepada 1/3 malam ataupun separuh malam. HR Ahmad, Ibn Majah, dan At-Tarmizi mengketegorikan hadith ini sebagai sahih.

Dari Anas : Nabi SAW telah melewatkan solat Isyak sehingga ke separuh malam, kemudian baginda bersolat. Muttafaqun 'alaih.

Dari Ibn. Umar : Waktu solat Isyak ialah separuh malam. HR Abu daud, Ahmad, Muslim, & An-Nasa'i.

Dari Aisyah : Pada suatu malam rasulullah SAW melewatkan solat sehingga berlalu sebahagian besar malam dan org yang berada di masjid tertidur. kemudian Rasulullah SAW keluar bersolat, lalu baginda berkata, "inilah waktunya, jika tidak menyusahkan umatku".
HR Muslim & An-Nasa'i

P/s: Ahli fiqh bersepakat mengatakan bahawa waktu yang paling afdhal ialah pada awal waktu setiap solat. Ulama Hanafi menggalakkan solat Subuh isfar. Jumhur = solat (Subuh) dalam keadaan gelap adalah lebih afdhal. Semua pihak= mustahab melewatkan Zuhur pada waktu panas. Hanafi = Mustahab melewatkan Asar. Maliki = mustahab melewatkan solat dengan harapan memperoleh solat jemaah. Hanbali = mustahab melewatkan Zuhur, Isyak & Maghrib dengan tujuan menghimpunkan antara solat semasa awan hitam ditakuti hujan.

~ bolehkah terangkan serba sedikit tentang info di atas? sekian, wassalam..

Re: solat isyak

Berikut kami petikan jawapan syiekh thtl didalam milis alFikrah :-

Satu: Waktu solat Isyaa'

Hadis # 1: Dari Aisyah ra
" hendaklah kalian solat Isya' ('Atamah), waktunya bila lenyapnya syafaq (ufuq merah) iaitu hingga sepertiga awal malam (pukul 10:00 hingga 11:00 malam). (Sahih alBukhari (kitab alAzan/1/219))

Hadis # 2: Dari Abi Hurayrah ra
" Kalau tidaklah memberatkan ummatku tentu aku perintah mengundurkan (waktu) Isyaa' sehingga sepertiga atau seperdua malam." HR atTermidzi (sunan, 1/310,#147), Ibn Majah (Sunan/1/226/#691; Imam Ahmad (Fath Rabbani/2/274/#150) Disahihkan oleh attermizi, alAlbani dan asSyawkani

Hadis #3: Dari Anas ra
" Nabi saw telah melewatkan solat Isyaa' hingga ke sparuh malam, barulah baginda solat." (Muttafaq 'alayh; Nail alAwthor/2/12) Maka waktu mustahab atau waktu afdhal bg solat isya' ialah sekitar pukul 10:00 atau 11:00 malam (Syaukani, Sail alJarar: /183; Sadiq Hasan Kha, syarh adDurar: 1/70)

DUA: Solat di Awal Waktunya

Dalil #1: Dari Ibn Mas'ood ra
" aku bertanya RasuluLlah saw, apakah amal yg lebih disukai ALlah?" Sabda baginda," asolah 'ala WAQTIHA" (bermaksud solat tepat pada waktunya) mengikut alHakim dalam alMustadrak, maksud yg benar ialah solat pada waktunya) Bukhari-Muslim (alMundziri, atTarghieb/1/220)

Dalil#2: Juga dari Ibn Mas'ood tapi matanya ialah "assolah fi awwali Waqtiha" (solat pada awal waktunya) (Sunan adDaruqutni: 1/246 no 4, Sahih Ibn Khuzaimah 1/169, Sahih ibn Hibban no 1475, alHakim, almustadrak 1/300 no 677) Dalil#3: Dari Ibn Umar ra " solat pada awal waktu mendapat keredhaan Allah, solat pada akhir
waktu mendapat kema'afan Allah." HR atTermdizi Komentar Imam Syafi'iy mengenai hadis ini. Ia adalah hujah. Maksud keredhaan Allah ialah kerana solat diawal waktu adalah perbuatan Ihsan (excellence), manakala kema'afan Allah kerana telah cuai dgn melengah-lengahkan solat.

Bagaimana kita menjama'kan dua dalil ini: Umumnya: afdhal solat dalam waktu atau awal waktu, manakala bagi solat Isya': khusus disebut afdhalnya diakhirkan.

Tarjih:
Fiqh Syafi'iy: sunat solat pd awal waktu termasuk Isya'.(alMuhadzb: 1/53
Fiqh Maliki: sunat solat pd awal waktu termasuk Isya' (syarh alKabir, 1/179)
Fiqh Hanbali: Sunat solat pada awal waktu kecuali Isya'(jika tidak mendatangkan kesulitan makmum), jika mendatangkan kesulitan makmum, maka makruh dilewatkan (alMughni;1/385)
Fiqh Hanafi (tidak dikaji kerana ia amat teknikal utk difahami)
Fiqh Sunnah: Sunat dilewatkan solat Isya' tapi Nabi menghentikan kerana ia membebankan orang ramai (fiqh Sunnah, edisi tahqeeq: 1/134, darul fatah, cairo)
Dalilnya:

#1: Hadis Aisyah ra:
"sekarang waktu yg sesungguhnya, KALAU tidaklah membebankan ummatku." Muslim, kitab almasajid hadis # 219
Kata alNawawi: inilah masanya bukanlah terlalu lewat sangat

#2: Hadis Jabir ra
" (baginda solat isya'. kekadang di undurkan (dilewatkan) kekadang dimajukan (diawalkan).." Bukhari, Muslim, alsahih, kitab almasajid, no 233)

rumusan: bagi wanita yg solat di rumah, maka afdhal adalah dilewatkan sikit, itupun kalau disenangi suami. Jika suami tidak senang, maka hendaklah diawalkan.

خيرالأمين

Re: solat isyak

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab dengan kadar yang ringkas, kerana jawapan syeikh thtl sudah memadai menjelaskan keafdalan waktu isya'. Pandangan sahabat sdr itu mungkin diambil dari buku al-Fiqh al-islami wa adillatuh, jilid 1.

Di dalam Ensaiklopedia Feqh Kuwait telah meringkaskan pandangan menarik Mazhab Syafie mengenai status keafdalan waktu Isya iaitu :-

a. Waktu Fadhilah - awal waktu. Dari Abdullah Ibn Mas'ud ra. berkata :

þÓÃáÊ ÇáäÈí þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáãþ þÃí ÇáÚãá ÃÍÈ Åáì Çááå ÞÇá: (þ ÇáÕáÇÉ Úáì æÞÊåÇ) ÞÇá Ëã Ãí¿ ÞÇá: ( Ëã ÈÑ ÇáæÇáÏíä) ÞÇá Ëã Ãí¿ ÞÇá: (ÇáÌåÇÏ Ýí ÓÈíá Çááå
"Aku telah bertanya Nabi saw : Amalan mana yang di cintai Allah : Baginda menjawab 'Solat pada awal waktunya', Aku bertanya kemudian apa lagi?, baginda menjawab :'kemudian berbakti kepada kedua ibu-bapa', Aku bertanya kemudian apa lagi?, baginda menjawab :'Jihad di jalan Allah'. [Hadith Riwayat al-Bukhari].

b. Waktu Ikhtiyar (pilihan) - awal 1/3 malam dan juga 1/2 malam.

Ãäå ßÇä íÕáí ÇáÚÔÇÁ ÚäÏ ãÛíÈ ÇáÞãÑ Ýí ÇááíáÉ ÇáËÇáËÉ
"Sesungguhnya Nabi saw bersolat Isya' ketika hilangnya bulan di 1/3 malam"

áæáÇ Ãä ÃÔÞ Úáì ÃãÊí áÃÎÑÊ ÕáÇÉ ÇáÚÔÇÁ Åáì äÕÝ Çááíá
"Kalau tidaklah memberatkan ummatku tentu aku perintah mengundurkan (waktu) Isyaa' sehingga seperdua malam

c. Waktu dibenarkan tanpa Makruh - sehingga Fajar Awal

Ãæá æÞÊ ÇáÚÔÇÁ Ííä íÛíÈ ÇáÔÝÞ¡ æÂÎÑå Ííä íØáÚ ÇáÝÌÑ
"Awal waktu Isya' adalah tatkala hilangnya al-syafaq (ufuq merah), dan waktu akhirnya adalah terbitnya fajar"

d. Waktu Makruh (waktu yang dibenci) sehingga Fajar kedua

e. Waktu Haram - Waktu subuh

Disana kita dapat melihat bahawa waktu isya' ini boleh dilewatkan jika tidak membebankan jemaahnya. Contoh yang paling baik applikasinya ialah apabila jemaah setempat berpuasa dimana mereka berpeluang makan malam sebelum solat Isya'. Begitu juga dengan kuliah2 yang diadakan di masjid2 selepas maghrib boleh dilaksanakan dengan lancar. Disana juga kita melihat ulama' meletakkan keutamaan solat jemaah didalam melaksanakan solat Isya'.

Walaupun masa solat Isya' ini panjang, beberapa ulama' berpandangan bahawa cuma waktu (a)Fadhilat dan (b)Pilihan sahaja yang diperbolehkan solat Isya' melainkan seseorang itu uzur. Pandangan ini dipegang oleh ulama2 di Rumah Fatwa Arab Saudi (eg: Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, Majmu' fatawa bin Baaz, 10/386) dsb. Berikut saya petik penjelasan Markas Fatwa Dr Abdullah Faqih mengenai kadar kelewatan solat Isya' :-

ÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå ÃãÇ ÈÚÏ: ÝæÞÊ ÕáÇÉ ÇáÚÔÇÁ íÈÏà ãä ãÛíÈ ÇáÔÝÞ ÇáÃÍãÑ Åáì äÕÝ Çááíá Úáì ÇáÑÇÌÍ ãä ÃÞæÇá Ãåá ÇáÚáã¡ ÝÚä ÃäÓ ÑÖí Çááå Úäå ÞÇá: (ÃÎÑ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÕáÇÉ ÇáÚÔÇÁ Åáì äÕÝ Çááíá). ÑæÇå ÇáÈÎÇÑí.
æÝí ÕÍíÍ ãÓáã Úä ÇÈä ÚãÑ ÑÖí Çááå ÚäåãÇ¡ Ãä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÞÇá: (æÞÊ ÇáÚÔÇÁ Åáì äÕÝ Çááíá).
æåæ ÇÎÊíÇÑ ÔíÎ ÇáÅÓáÇã ÇÈä ÊíãíÉ: æÃãÇ ÈÚÏ ãäÊÕÝ Çááíá Åáì ÇáÝÌÑ Ýåæ æÞÊ ÖÑæÑÉ áÇ íÌæÒ ÊÃÎíÑ ÇáÕáÇÉ Åáíå ÅáÇ áÚÐÑ.
æÚáì ãÇ ÊÞÏã ÝÅäå áÇ íÌæÒ ÊÃÎíÑ ÕáÇÉ ÇáÚÔÇÁ Úä äÕÝ Çááíá æãä ÃÎÑåÇ ÈáÇ ÚÐÑ ÃËã ÈÐáß¡ æÚáì ÇáãÓáã Ãä íÕáí ÇáÝÑíÖÉ Ýí ÇáãÓÌÏ ÌãÇÚÉ¡ æáÇ íÌæÒ áå ÊÑß ÇáÌãÇÚÉ ÅáÇ áÚÐÑ áÞæá ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã (ãä ÓãÚ ÇáäÏÇÁ Ýáã íÃÊå ÝáÇ ÕáÇÉ áå ÅáÇ ãä ÚÐÑ) ÑæÇå ÇÈä ãÇÌå æÛíÑå. æÇááå ÃÚáã.

"Alhamdulillah. Selawat dan salam keatas Rasulullah :saw, keatas kaum keluarga dan sahabat2nya. Amma ba'du :

Waktu Solat Isya' bermula apabila hilangnya ufuq merah sehinggalah ke pertengahan malam dan rajih dari pandangan2 ulama, dari Anas ra, berkata :"Rasulullah :saw mengakhirkan solat isya'nya sehingga separuh malam - hadith riwayat Bukhari. Dan didalam Sahih Muslim dari Ibn Umar ra sesungguhnya Nabi :saw bersabda : waktu Isya' adalah sehingga separuh malam.

Pilihan Ibn Taimiyah rh : Bagi waktu yang selepas 1/2 malam sehingga fajar merupakan waktu Dalurat, maka tidak boleh menangguhkan solat melainkan uzur.

Maka sesungguhnya tidak boleh melewatan solat Isya' melepasi 1/2 malam, maka bagi mereka yang mengakhirkannya tanpa uzur maka berdosalah dia, orang Islam difardukan bersolat di masjid secara berjemaah, dan tidak boleh meninggalkan jemaaah tanpa uzur, kerana Nabi :saw bersabda : Barangsiapa mendengar azan dan tidak hadir maka tiada solat baginya melainkan uzur, hadith riwayat Ibn Majah dan lain2. WA." [No Fatwa : 26487]

Kesimpulannya, solat Isya' diperbolehkan melewatkannya jika ia tidak membebankan jemaah solat. Kadar kelewatan yang dibenarkan ialah sehingga 1/2 malam dan hanya mereka yang uzur sahaja dibenar melewatkannya sehingga sebelum Fajar. :aklam.

wassalam
==========
Rujukan

1. Fatwa Islam Online. æÞÊ ÕÜÜáÇÉ ÇáÚÔÜÜÇÁ. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=59960

2. Fatwa Islam Online. ÍßãÉ ÊÃÎíÑ ÕáÇÉ ÇáÚÔÇÁ url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=90918

3. Fatwa Markas Dr Abdullah Faqih. íÌæÒ ÊÃÎíÑ ÕáÇÉ ÇáÚÔÇÁ Åáì ÔØÑ Çááíá. url : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=26487&Option=FatwaId

خيرالأمين