SJ-05-0074 : Terlepas waktu Solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0074 : Terlepas waktu Solat

:salam

Saya bekerja di Shah Alam , ingin pulang ke rumah pada pukul 7 petang . Kebiasaannya saya boleh tiba di rumah pada pukul 7. 30 malam dan bersolat Maghrib di rumah. Namun pada suatu hari berlaku kesesakan lalulintas yang teruk . Saya tiba di rumah pada jam 9 malam.

Soalan : Apakah status Solat Maghrib tersebut ?
a) Perlu Qado'.
b) Niat Jamak Takhir.
c) Solat dalam kenderaan .

Apa yang patut saya lakukan ? Terima kasih.

SJ-05-0074 : Terlepas waktu Solat

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr khai dengan kemampuan yang ada, Insyaallah.

Ini merupakan suatu keadaan yang tidak dapat dijangkakan. Anda dikira telah menghadapi kesukaran (masyaqqah)dan Islam bukanlah satu2 agama yang membebankan umatnya. Firman Allah swt :-

æóãóÇ ÌóÚóáó Úóáóíúßõãú Ýöí ÇáÏøöíäö ãöäú ÍóÑóÌò
"dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama" [al-Hajj 22:78]

áóÇ íõßóáøöÝõ Çááøóåõ äóÝúÓðÇ ÅöáøóÇ æõÓúÚóåóÇ
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. " [al-Baqarah 2:286]

Disana ulama'2 seperti Dr Yusuf al-Qaradhawi rh dan lain2 membenarkan Solat Jama' kerana hajat dilakukan apabila berlakunya kesukaran seperti hujan, sakit, sedang didalam tugasan menyelamatkan nyawa seperti doktor, kesesakkan lalu lintas yang bersangatan dan sebagainya. Menurut Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha :

ÃÌÇÒ ÝÞåÇÁ ÇáÍäÇÈáÉ ááãÓáã æááãÓáãÉ ÇáÌãÚ Èíä ÇáÙåÑ æÇáÚÕÑ¡ Ãæ Èíä ÇáãÛÑÈ æÇáÚÔÇÁ Ýí ÈÚÖ ÇáÃÍíÇä áÚÐÑ ãä ÇáÃÚÐÇÑ . æåÐÇ ÊíÓíÑ ßÈíÑ¡ ÝÞÏ æÑÏ Ãä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÌãÚ Ýí ÛíÑ ÓÝÑ æáÇ ãØÑ¡ ÝÓÆá Ýí Ðáß ÇÈä ÚÈÇÓ ÝÞíá áå: ãÇ ÃÑÇÏ ÈÐáß¿ ÝÞÇá: ÃÑÇÏ ÃáÇ íÍÑÌ ÃãÊå .. æÇáÍÏíË Ýí ÕÍíÍ ãÓáã.
"Ulama' Hanbali membenarkan bagi Muslimin dan Muslimat menjama'kan diantara Zohor dan Asar, atau diantara Magrib dan Isya' kadang-kala kerana 'uzur daripada ke'uzuran. Ini adalah kemudahan yang besar! Ia datang dari Nabi saw menjama' tanpa bermusafir dan tanpa hujan, maka Ibnu Abbas pun ditanyakan kepadanya: Apakah maksud perbuatan itu? Kemudian beliau berkata : Dia tidak mahu menyempitkan umatnya .. Hadis dari Shahih Muslim."

Didalam keadaan yang seseorang itu tidak bermusafir, Jama' dibenarkan dan bukannya Qasar (pendek) solat. Menurut Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah rh. :-

æÇáÞÕÑ ÓÈÈå ÇáÓÝÑ ÎÇÕÉ áÇ íÌæÒ Ýí ÛíÑ ÇáÓÝÑ æÃãÇ ÇáÌãÚ ÝÓÈÈå ÇáÍÇÌÉ æÇáÚÐÑ ÝÅÐÇ ÇÍÊÇÌ Åáíå ÌãÚ Ýí ÇáÓÝÑ ÇáÞÕíÑ æÇáØæíá æßÐáß ÇáÌãÚ ááãØÑ æäÍæå æááãÑÖ æäÍæå æáÛíÑ Ðáß ãä ÇáÃÓÈÇÈ ÝÅä ÇáãÞÕæÏ Èå ÑÝÚ ÇáÍÑÌ Úä ÇáÃãÉ .
"Sebab khusus membolehkan qasar solat adalah bermusafir, tidak boleh selain dari bermusafir mengqasarkan solat. Dan bagi menjama' solat disebabkan keperluan dan uzur (excuse), maka jika seseorang memerlukannya, bolehlah dia menjama'kan solat semasa bermusafir, samada permusafiran yg panjang atau pendek, dan boleh juga menjama'kan solat kereana hujan dsb, kerana sakit dan lain2 sebab, kerana maksudnya mengeluarkan umat dari kesukaran" [Majmu' Fataawa 22/293].

Kesimpulannya, anda boleh melakukan Jama' Ta'khir di rumah; menunaikan Solat Maghrib didalam waktu Isya' dan seterusnya menunaikan solat Isya' 4 rakaat. Solat Jama' kerana hajat dibenarkan bukan sebagai kebiasaan, akan tetapi dibenarkan didalam keadaan seseorang itu mempunyai keperluan dan keuzuran. :aklam.

wassalam
=========
Rujukan :

1. Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi. Fataawa Mu'aasyirah - 2. cet ke 3. Kaherah : Dar al-Wafa', 1994.
terjemahannya di al-ahkam : http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=9336

2. Mohammad bin Abdul Rahman Qasim. Majmu' fataawa Shiekh Al-Islam Ibnu Taimiyah - 22. Mekah : Percetakan Al-Hukumah, 1969.

خيرالأمين