SJ-05-0084 : TIDAK ADA RUKUN KHUTBAH JUMAAT DLM KHUTBAH KE-2

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0084 : TIDAK ADA RUKUN KHUTBAH JUMAAT DLM KHUTBAH KE-2

:salam

Telah berlaku ditempat kerja saya khutbah Jumaat ke-2 tanpa rukun, iaitu khatib terus bangun dari duduk dan meneruskan khutbah ke-2 tanpa memulakannya dengan rukun awal (merujuk Mazhab Syafi'e), apakah hukum sembahyang Jumaat pada hari tersebut, jika tidak sah, adakah jalan keluarnya?!

Bagaimana saya hendak tahu bahawa soalan yang saya kemukakan ini telah jawap oleh al-Ahkam?!

Sekian, :wassalam ::D

SJ-05-0084 : TIDAK ADA RUKUN KHUTBAH JUMAAT DLM KHUTBAH KE-2

:wassalam

alJawab:

Syarat sah solat Juma'at ialah didahului dengan dua khutbah. Adapun sifat khutbah, kaifiyat atau rukun2 itu adalah permasalahan khilafiah. Asalkan solat Juma'at itu ada dua khutbah sudah memenuhi syarat. Jika dia melanggar sunnah-sunnah khutbah tidak menjejaskan atau membatalkan Juma'at kerana hanya dia tidak bertahmid dan berselawat pada khutbah kedua kerana minima tahmid itu adalah pada khutbah pertama. Khutbah kedua adalah sambungan sahaja. (lihat Dr Sa'id alQahthani, Solatul Jum'ah, cetakan Riyadh: maktabah alJuraisi)