SJ-05-0375 : Perihal berjemaah berdua

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0375 : Perihal berjemaah berdua

:salam

-Adakah wajib makmun dam imam sekiranya solat berdua solat di dalam satu saf?

-Sekiranya imam baru perasan makmum nan sorang ni berada di belakangnya sedikir (ikut kurikulum KBSM).. perlukah beliau berundur untuk menyamakan saf? Adakah batal sekiranya dia bertindak untuk tetap berbeza saf(yakni makmum ke belakang sedikit).

-Apakah dalil yang digunakan bagi mereka yang berpendirian makmum hendaklah ke belakang sedikit jika solat berdua. Dan sekiranya sama saf, macam mana orang nak tau diorangni solat jemaah, khasnya sekiranya solat sirr(senyap macam Zuhur,Asar). Kalau lain saf tau la diorang jemaah.

Ni sebab kalau tak ada la lagi satu jemaah baru dibuat, dengan sangkaan mereka ni solat bersendirian/habiskan masbuq.

:wassalam

SJ-05-0375 : Perihal berjemaah berdua

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1. Sunnah dalam kedudukan seorang imam dan seorang makmum ialah: makmum berada di sebelah kanan imam dalam satu saf, tanpa ke belakang.

Ini berdasarkan kepada hadis masyhur tentang solat malam Rasulullah SAW bersama Ibn Abbas, baginda mengalihkan Ibn Abbas daripada kirinya ke sebelah kanannya.

Imam Bukhari meletakkan hadis Ibn Abbas ini di bawah tajuk: ÈÇÈ: íÞæã Úä íãíä ÇáÅãÇã ÓæÇÁð ÅÐÇ ßÇäÇ ÇËäíä
õ

Ertinya: Bab Apabila Mereka (jemaah) Terdiri Daripada Dua Orang, Maka Makmum Berdiri Di Sebelah Kanan Imam Dalam Kedudukan Sama.

2. Jika makmum bersembahyang di belakang sedikit, Imam boleh mengheret makmum ke hadapan setentang dengannya atau berundur sedikit. Sebagaimana dalam hadis Musnad Ahmad:

ÃÊíÊ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æ Óáã ãä ÂÎÑ Çááíá ÝÕáíÊ ÎáÝå ÝÇÎÐ ÈíÏí ÝÌÑäí ÝÌÚáäí ÍÐÇÁå

Maksudnya: Kata Ibn Abbas: "Aku datang kepada Rasulullah SAW pada akhir malam, lalu aku bersembahyang di belakangnya. Lantas baginda memegang tanganku, dan menarik aku supaya berada setentang dengan baginda". Disahihkan oleh Albani.

Walaubagaimanapun, jika makmum yang tidak memahami hukum dan boleh mendatangkan fitnah, maka tidak perlulah dilakukan demikian.

3. Mereka yang berpendapat makmum hendaklah ke belakang sedikit, tidak ada dalil daripada nas-nas hadis. Cuma ada yang mengqiyaskan kedudukan dengan perbuatan. Sebagaimana perbuatan makmum mestilah terkemudian daripada perbuatan imam, maka kedudukan makmum juga mestilah terkemudian dari kedudukan imam.

4. Apa yang anda sebut iaitu, jika makmum berdiri sama dengan imam, maka bagaimana orang nak tahu mereka sedang berjemaah.

Ya, memang dilihat ada sedikit maslahah jika makmum berdiri di belakang imam, iaitu orang boleh tahu mereka sedang berjemaah. Tetapi maslahah ini tidak diiktibar, kerana bertentatangan dengan maslahah yang lebih besar iaitu yang bersangkutan dengan ibadah itu sendiri.

Kerana kaedah menyebut: Memelihara maslahah yang berkaitan dengan ibadah itu sendiri lebih diutamakan daripada menjaga maslahah suatu yang tidak berkaitan dengan ibadah itu sendiri.

Jadi, menjaga maslahah kedudukan imam dan makmum secara betul lebih utama, daripada maslahah orang tahu kita sedang berjemaah.

Wallahu A'lam.