SJ-05-0386 : saf lelaki dan wanita satu baris

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0386 : saf lelaki dan wanita satu baris

:salam

para panel yg dirahmati Allah ,

adakah boleh saf lelaki sebaris dgn saf wanita ?

maksudnya dlm satu surau , lelaki solat bahagian dalam dan wanita dikoridor2 luar tetapi sebaris dan hanya dipisahkan oleh dinding pintu/sliding sahaja .

kemungkinan ruang yg tidak cukup tak tahulah. sbb setahu sy wanita ke belakang sikit dari lelaki dlm saf

syukran bg sesapa yg menjawabnya..

SJ-05-0386 : saf lelaki dan wanita satu baris

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Jika wanita bersolat satu baris dengan saf lelaki, tetapi dipisahkan oleh sesuatu (spt: dinding) atau di antara wanita dengan lelaki ada ruangan kosong, maka sah sembahyang mereka, di sisi sekalian ulama, Hanafiah, Malikiyyah, Syafieyyah, dan Hanabilah.

Khilaf hanya pada masalah wanita bersembahyang di sebelah saf lelaki tanpa pemisah. Ulama Hanafiyyah mengatakan sah solat wanita dan tidak sah solat lelaki yang di sebelahnya. Bagaimanapun jumhur tetap mengatakan sah sembahyang mereka.

(rujukan: Tabyin al-Haqaiq 1/138, Majmuk 3/331)

Walaubagaimanapun, tidak diragui bahawa meletakkan kawasan solat wanita di belakang saf lelaki adalah lebih utama kerana ia bertepatan dengan sunnah.

Wallahu A'lam.