SJ-05-0424 : Imam Sujud Sahwi. Makmum Kena Ikut?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0424 : Imam Sujud Sahwi. Makmum Kena Ikut?

:salam

saya pernah bersolat di sebuah masjid utk solat isya'. selepas rukuk kedua rakaat ketiga, imam terus duduk tahiyat akhir padahal kena bangun utk rakaat keempat padahal makmum yg lain telah bangun. oleh sebab itu imam melakukan sujud sahwi selepas tahiyat akhir(yg betul punya la). Persoalannya, adakah makmum perlu turut melakukan sujud sahwi sama ngan imam walaupun mereka tidak terlupa yakni selepas sujud kedua rakaat ketiga mereka berdiri utk rakaat keempat n bkn seperti imam yg duduk? yg mana guna pakai...perihal kena ikut imam atau perihal x buat salah.

Syukron jazilan

:wassalam

SJ-05-0424 : Imam Sujud Sahwi. Makmum Kena Ikut?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1- Mungkin ada kesilapan dalam soalan, iaitu:

Quote:
selepas rukuk kedua rakaat ketiga, imam terus duduk tahiyat akhir...

Sepatutnya: selepas sujud kedua rakaat ketiga, imam terus duduk tahiyat akhir...

2- Jawapan kepada persoalan ialah makmum wajib mengikuti imamnya sujud sahwi, walaupun makmum tidak melakukan apa-apa kesilapan dalam solatnya. Inilah pendapat majoriti ulama, kecuali Ibn Sirin.

Dalil jumhur ialah sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

ÅäãÇ ÌÚá ÇáÅãÇã áíÄÊã Èå

Maksudnya: Sesungguhnya dijadikan imam ialah untuk dia diikuti.
Direkod oleh Bukhari (no: 656) dan Muslim (no: 412).

Rujuk:
-Majmuk Nawawi 4/146