SJ-05-0431 : Guna sejadah bercorak...

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0431 : Guna sejadah bercorak...

:salam
Adakah dilarang menggunakan sejadah yang mempunyai corak/gambar seperti kaabah atau masjid? Ini kerana, ada orang bawa hadis Muslim yang bermaksud lebih kurang begini : Ada sahabat memakai baju yang bercorak ditegur oleh Nabi s.a.w kerana corak baju menganggu kekusyukkan.

:wassalam

SJ-05-0431 : Guna sejadah bercorak...

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Benar, hadith diatas diriwayat dari Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dimana A'ishah menyatakan bahawa :-

Ãóäøó ÇáäøóÈöíøó Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Õóáøóì Ýöí ÎóãöíÕóÉò áóåóÇ ÃóÚúáóÇãñ ÝóäóÙóÑó Åöáóì ÃóÚúáóÇãöåóÇ äóÙúÑóÉð ÝóáóãøóÇ ÇäúÕóÑóÝó ÞóÇáó ÇÐúåóÈõæÇ ÈöÎóãöíÕóÊöí åóÐöåö Åöáóì ÃóÈöí Ìóåúãò æóÃúÊõæäöí ÈöÃóäúÈöÌóÇäöíøóÉö ÃóÈöí Ìóåúãò ÝóÅöäøóåóÇ ÃóáúåóÊúäöí ÂäöÝðÇ Úóäú ÕóáóÇÊöí
dir="ltr">"Sesungguhnya Nabi :saw bersolat didalam baju yang mempunyai corak, dan baginda telah melihat kepada corak itu sekali. Apabila selesai solat, baginda bersabda : Ambil baju ini daripadaku dan berikan kepada Abu Jahm, ia telah menggangguku didalam solat"

Imam al-Nawawi rh didalam mentafsir hadith ini berkata bahawa ini merupakan dalil agar orang Islam itu hendaklah menghadirkan hati didalam solat, menegah menyibukkan diri dengan apa yang dia telah lihat dan menghilangkan apa-apa yang mengganggu hati semasa bersolat.

Hafiz Ibn Hajar rh menjelaskan bahawa hadith ini menunjukkan bahawa adalah tidak disukai (makruh) apa-apa yang melalaikan seseorang didalam solatnya, samada corak, ukiran dan serupa dengannya.

Syeikh Dr Abdullah al-Faqeh menyebut bahawa tidak dapat disangkal sejadah yang ada gambar akan mengganggu hati lebih dari baju seseorang yang mempunyai corak, kerana sejadah diletakkan pada tempat dimana difokus mata ketika bersolat. Tambah beliau lagi bahawa telah jelas ulama Hanafi, Maliki dan Syafie sepakat memakruhkan penggunaan sejadah yang mempunyai gambar Ka'bah, kerana ia menyerupai sujud orang kafir keatas berhalanya.WA.

Sekian, wassalam.

Rujukan, sila lihat :

1. Íßã ÇáÕáÇÉ Úáì ÇáÓÌÇÏ ÇáãÍÊæí Úáì ÕæÑ
http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?Option=FatwaId&lang=A&Id=14486

2. Íßã æÖÚ ÕæÑÉ ÇáãÓÌÏ Úáì ÇáÓÌÇÏ
http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?Option=FatwaId&lang=A&Id=20705

خيرالأمين