SJ-06-0098 : Jamak & Qasar -tempat yg belum tentu bermukim

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0098 : Jamak & Qasar -tempat yg belum tentu bermukim

Salam,

Saya akan melanjutkan pelajaran ke Johor, skang duk di KL. Tapi tak sure lagi la ke Johor tu.. baru nak tengok2.

1) Kalo saya pi hari ni, boleh ke Jamak + Qasar kat Johor tu (2-3 hari dok situ, kejap). or Qasar sahaja. Atau Jamak saja tanpa Qasar? Saya nak survey dulu tempat tu.. jadi tak confirm lagi.

2) Bagaimana pula sekiranya saya akan memulakan pengajian, bermalam di Johor 2-3 malam sebentar, sebab saya duduk di KL, dan pengajian hanyalah berbentuk penyelidikan. Yg ni boleh jamak/qasar/jamak+qasar? Tak nampak macam bermukim pun ... sebab sekejap2 saja.

Re: Jamak & Qasar -tempat yg belum tentu bermukim

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Kedua-dua soalan ini masih menunjukkan status anda seorang musafir kerana :-

a. anda tidak berniat untuk menetap disana atau niat bermukim
(Menurut Mazhab Hanafi, dinamakan watan al-iqamah jika didiami setengah bulan atau lebih. Dinamakan watan al-sukna jika didiami kurang dari setengah bulan.(al-Fiqh al-Islami)).

b. anda tidak tinggal disana dalam tempoh 4 hari 4 malam, atau lebih.

Didalam soalan 2, anda masih seorang musafir yang menuntut ilmu, maka :-

a. Boleh jama’ dan qasar solat semasa perjalanan apabila keluar dari sempadan tempat tinggal dan perjalanan tersebut melebihi 96km (2 marhalah)

b. Lebih afdal melakukan qasar solat (tanpa jama’ bagi solat yang 4 rakaat) apabila berada disana (kerana berada disana kurang 4 hari 4 malam);

c. Boleh juga, jika terdapat kesukaran, jama’ dan qasar solat semasa berapa disana.

d. Boleh jama’ dan qasar solat semasa pulang, sebelum sampai di sempadan tempat tinggal anda.

Sekian, wassalam

خيرالأمين