SJ-07-0031 :Mana lebih afdhal baca doa ke atau solat sunat??

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0031 :Mana lebih afdhal baca doa ke atau solat sunat??

Tuan,

selepas solat jemaah misal nya solat maghrib atau solat isyak,mana yg

menurut sunnah berzikir / berdoa dulu ke atau buat solat sunat rawatib??

pasal menurut fahaman ana,zaman sahabat akan dulukan solat

sunat.

SJ-07-0031 :Mana lebih afdhal baca doa ke atau solat sunat??

mengikut pembacaan ana, Rasulullah SAW pernah berdoa n berzikir sebaik sahaja selesai menunaikan solat
Tidak terdapat pertikaian di kalangan para ulama tentang kedudukan zikir selepas solat sebagai satu sunnah yang digalakkan. Ini kerana para ulama sejak dahulu hingga kini telah melihat dan mengkaji hadis-hadis sahih yang menceritakan bahawa Rasulullah SAW berzikir dan berdoa selepas solat.
Jika kita melihat buku hadis yang paling dikenali – Sahih al Bukhari – kita akan melihat satu bab bertajuk ‘Bab Zikir Selepas Solat’. Begitu juga di dalam Sahih Muslim kita akan dapati bab khusus iaitu ‘Bab Zikir Selepas Solat’ dan ‘Bab Digalakkan Berzikir Selepas Solat’. Menurut Imam al Nawawi (meninggal 676H): ‘Telah sepakat para ulama bahawa sunat berzikir selepas solat’. - dari kitab al Adzkar imam al Nawawi

----------------takhrij thtl:

al-Azkar lil Nawaawi, bab: al-Azkaar ba'da asSolaat, edisi Dar alHadith, Cairo, tahqiq Isyamudin alShobabithi, ms 74)

Rasulullah juga pernah bangun terus selepas memberi salam kerana ada hal penting. Rasulullah juga pernah memberi tazkirah / peringatan kpd para sahabat sebaik sahaja memberi salam (sahih al Bukhari)
tetapi sepanjang pembacaan saya, memang terdapat hadith2 yg menyebutkan bahawa Rasulullah SAW akan berzikir atau berdoa selepas memberi salam. ini yang digalakkan ..wallahu a'lam.