SJ-07-0085 : sedekah bacaan Al-Fatihah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0085 : sedekah bacaan Al-Fatihah

:salam

Saya ingin bertanya....adakah bacaan al-fatihah yg ingin kita sampaikan kepada yg telah meninggal dunia sampai dan diterima oleh mereka?Terima kasih.

SJ-07-0085 : sedekah bacaan Al-Fatihah

:wassalam

al-Jawab:

Mengirim bacaan al-Fatihah kepada si mayyit adalah amalan keMelayuan sahaja dan tiada sandaran dari AQ maupun asSunnah. Ini amat menghairankan kerana jelas dalam madzhab Syafi'iy, pahala bacaan al-Qur:an tidak sampai kepada mayyit. Ibn Kathir (tafsir surah anNahl) memetik kata2 Imam Syafi'iy ra bahawa bacaan al-Qur:an dari orang yg hidup tidak sampai kepada mayyit. Lajnah Fatwa dan penyelidikan KSA juga memfatwakan amalan ni tiada asalnya. Namun kita berlapang dada kerana terdapat perbahasan dalam isu ini dari fuqaha' mutaakhirin yg mendokong amalan tersebut. Tapi yang lebih hampir kepada kebenaran ialah pendapat al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafi'iy yg hidup di awal Islam. sekian