SJ-07-0128 : Ratib Al-Attas

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0128 : Ratib Al-Attas

Bismillah,
:salam

Apakah Ratib Al-Attas boleh diamalkan oleh Muslimin?

:wassalam

SJ-07-0128 : Ratib Al-Attas

Al-hamdulillah...

Al-jawab :

Al-hamdulillah….

Al-Jawab :

Amalan berzikir adalah satu amalan yang digalakkan dalam Islam.Malah orang yang sentiasa berzikir mengingati Allah swt , akan menjadikan jiwanya berasa tenang dan tenteram..Secara umumnya , segala bentuk zikir yang diambil atau dicedok lalu dikumpulkan untuk diamalkan adalah satu perbuatan yang telah pun dilakukan oleh sekian ramainya ulama dahulu dan sekarang seperti contoh , Al-Imam an-Nawawi dalam al-Azkar , Al-Imam as-Syaukani dalam Tuhfatuz Zakirin , Al-Imam Hasan al-Banna dalam Al-Makthurat , Hishnul Muslim yang telah ditahqiq dan ditashih oleh Syeikh Said bin ali bin Wahf Al-Qoththoni dan banyak lagi.Kesemua ulama-ulama tersebut mencedok dan mengambil segala macam zikir dan doa dari Al-Quran dan As-Sunnah lalu dikumpulkan untuk kemudahan umat Islam mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Maka berbalik kepada persoalan saudara tersebut , ratib al-attas disusun / dikarang oleh IMAM QUTB AL-ANFAAS AL-HABIB 'UMAR IBN 'ABD AL-RAHMAN AL-'ATTAS atau lebih dikenali dengan panggilan Qutb al-Anfaas dan diamalkan oleh kabanyakkan masyarakat nusantara terutama di Singapura dan Brunei Darussalam....Sehinggakan dijadikan amalan untuk menolak bala di sesetengah tempat seperti dilink :

http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_activity&pg=bm_news_activity&ac=174

Apa yang penting dan paling utama sekali ialah sekiranya zikir yang dihimpunkan oleh pengasas ratib ini adalah yang dicedok dari khazanah Islamiah yang bersumberkan dari Baginda saw maka ianya dibolehkan untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.Malah mengamalkannya adalah satu perkara yang amat digalakkan dalam Islam kerana ia bertepatan dengan zikir dan amalannya yang sahih dari Rasulullah saw.

Adalah lebih baik jika saudara mengamalkan segala bentuk zikir dan doa yang sememangnya thabit dan warid dari Rasulullah saw , kerana selain mendapat pahala berzikir saudara juga akan mendapat pahala mengamalkan sunnah Rasulullah saw , berbeza dengan mengguna pakai zikir-zikir yang dikarang oleh mana-mana ulama (lebih-lebih lagi ulama sufi).Zikir-zikir versi tok-tok guru / habib ini selain dari ianya tidak thabit dari Rasulullah saw , ia juga kebiasaannya mengandungi ayat-ayat yang berupa pujaan dan pujian kepada pengarang / pengasas zikir tersebut atau kepada beberapa tok-tok alim mereka.Maka ini amat bertentangan dengan amalan Islam yang menyuruh penganutnya berzikir dengan memuji ke Agongan Allah swt sahaja tanpa adanya penyekutuan terhadap-Nya…..

Untuk mengikuti perbincangan berkenaan dengan Ratib ini sila lawati link dibawah ini :

http://www.mail-archive.com/islah-net@yahoogroups.com/msg03175.html

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com