SJ-07-0175 : qunut nazilah dlm solat fardhu

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0175 : qunut nazilah dlm solat fardhu

:salam

Bolehkah qunut nazilah dilakukan dlm setiap solat fadhu ? sempena kekejaman israel nie ?

Bgaimana pelaksanannya ?

coz ade yg kate di akhir rakaat selepas iktidal.

syukran

SJ-07-0175 : qunut nazilah dlm solat fardhu

:salam

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ

Mengikut pendapat Imam Syafie rhm , bahawa qunut nazilah dilakukan pada setiap hari dalam semua solat fardhu sehingga diangkatkan bala atau musibah yang menimpa umat Islam ketika itu.
(Syarhus Sunnah , Al-Baghawi 2/279).

Ia juga bertepatan dengan perbuatan Rasulullah saw dalam sebuah hadisnya ketika mendoakan kehancuran Bani Sulaim yang telah membunuh umat Islam dalam satu peristiwa yang berlaku di Bir Al-Ma’uunah :

ÞóäóÊó ÑóÓõæáõ Çááóøåö Õóáóøì Çááóøåõ Úóáóíúåö æóÓóáóøãó ÔóåúÑðÇ ãõÊóÊóÇÈöÚðÇ Ýöí ÇáÙõøåúÑö æóÇáúÚóÕúÑö æóÇáúãóÛúÑöÈö æóÇáúÚöÔóÇÁö æóÕóáÇóÉö ÇáÕõøÈúÍö Ýöí ÏõÈõÑößõáöø ÕóáÇóÉò ÅöÐóÇ ÞóÇáó ÓóãöÚó Çááóøåõ áöãóäú ÍóãöÏóåõ ãöäú ÇáÑóøßúÚóÉö ÇáÂÎöÑóÉö íóÏúÚõæ Úóáóì ÃóÍúíóÇÁò ãöäú Èóäöí Óõáóíúãò Úóáóì ÑöÚúáò æóÐóßúæóÇäó æóÚõÕóíóøÉó æóíõÄóãöøäõ ãóäú ÎóáúÝóåõ.

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam telah berqunut sebulan berturut-turut dalam solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh iaitu dalam rakaat terakhir ketika i’tidal sehabis mengucapkan “Samiallahuliman hamidah”.Di situ baginda berdoa untuk kebinasaan Bani Sulaim, Ra’al, Dzakwan dan Ushaiyah, sedang makmum yang di belakangnya mengaminkan doa itu.

(HR Abu Daud.Al-Imam an-Nawawi dalam al-Majmu’, jld. 3, ms. 482: “Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanad yang hasan atau sahih.”)

Qunut Nazilah dapat dilaksanakan sebelum rukuk atau setelah rukuk di dalam solat tersebut. Akan tetapi pelaksanaannya setelah rukuk lebih banyak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. berdasarkan kepada hadis di atas ,yang mana bacaan doa qunut Nazilah itu dibaca ketika iktidal , iaitu selepas rukuk dan selepas bacaan “Samiallahuliman hamidah” dan juga pada rakaat yang terakhir.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com