SJ-08-0091 : bersih diri sblm g hj (soalan tambahan)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0091 : bersih diri sblm g hj (soalan tambahan)

assalamualaikum warahmatulLah..
kpd ahli panel yg dirahmati Allah..
berdasarkan soalan saya yg bertajuk bersihkan diri sblm g haji yg dijawab oleh ust abu umair di http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=35443

saya ingin menambah soalan dan ingin lebih penjelasan:

1. atok saya tinggal posa sbb x larat nak posa, jadi nak qadha' pun dia x mampu, apa yg dia perlu buat? boleh ke pilih untuk byr fidyah je? atau pun mintak tlg org lain gantikan posa tu?

2. kalo x selesaikan qadha tu atau byr fidyah, adakah dia x bleh g haji spt yg didakwa oleh ust kursus hj tu?

SJ-08-0091 : bersih diri sblm g hj (soalan tambahan)

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1. Bagi yang meninggalkan puasa kerana uzur tua, hendaklah memberi makan kepada fakir miskin. Kata Ibn Kathir: "Selepas turun ayat Ýãä ÔåÏ ãäßã ÇáÔåÑ ÝáíÕãå , Allah mewajibkan puasa terhadap orang bermukim yang sihat, memberi rukhsah (mengganti pada hari-hari lain) untuk orang musafir dan sakit, dan menetapkan bayaran fidyah makanan terhadap orang tua yang tidak mampu berpuasa". (Tafsir Ibn Kathir 1/499)

2. Tidak benar kenyataan bahawa sesiapa yang masih belum sempurna qadha puasa atau fidyah tidak boleh pergi haji. Kerana, bukan syarat sah haji seseorang itu mesti menyempurnakan puasa atau fidyahnya. Kerana tidak disyaratkan membayar fidyah itu secara segera sehingga terpaksa menagguhkan haji.
Yang menghalang daripada haji ialah apabila hartanya ada kaitan dengan hak manusia, seperti dia belum melangsaikan hutangnya yang sudah sampai masa dibayar, dan wangnya tidak mencukupi untuk bayar hutang jika dia pergi haji.

Wallahu A'lam.