SJ-09-0019 : Hari Raya 'Idiladha berbeza?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0019 : Hari Raya 'Idiladha berbeza?

:salam

Spt yg kita tahu, Hari Raya 'Idiladha di M'sia disambut pada 20/12. Tetapi di Mekah, ia jatuh pada 18/12. Persoalannya:

i. Bilakah sebenarnya 'Idiladha ini berlaku? Bolehkah disertakan dalilnya?
ii. Adakah benar pendapat bahawa apabila di Mekah sudah berhari raya (cth: pd 18/12), kita di M'sia perlu berhari raya pada hari selepasnya(pd 19/12)?
iii. Jika benar, adakah kita perlu berhari raya pd 19/12 atau 20/12?

JKK...

SJ-09-0019 : Hari Raya 'Idiladha berbeza?

:wassalam

al-Jawab:

Berita yang sahih ialah:

KSA: Wukuf di Arafah ialah pada selasa (18 Dis), Maka Raya jatuh pd Rabu (19 Dec) hari Nahar

Malaysia: Raya hari Khamis (20 Dis)

i) jatuhnya Hari Raya 'Ied alAdhha ditetapkan melalui hilal (petanda masuknya bulan dalam kalendar Islam)
Dalil: AQ 2:189 ( mereka bertanya kepadamu tentang hilal. Katakanlah ia untuk menetapkan waktu bagi manusia dan untuk Haji)

ii) Jika KSA (Mekah) Raya Rabu dan Malaysia Raya hari Khamis. Umat Islam Malaysia hendaklah beraya pada hari Khamis kerana ta'at akan ulil amri (sulthan) yang telah menetapkan demikian.
iii) Malaysia sudahpun isytihar pada hari Khamis, maka rakyat Malaysia hendaklah Raya hari Khamis. sekian