SJ-09-0026 : Niat Haji Di Jeddah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0026 : Niat Haji Di Jeddah

Saya dan isteri telah menunaikan haji baru baru ini.Tetapi yg menjadi kemusykilan adalah tentang niat yg telah kami lakukan.Kami memang telah memakai ihram dan bercadang mahu mberniat di miqat qarnul manazil.Tetapi kami telah tertidur tanpa ada sesiapa yg mengerakkan kami.Lebih kurang 5 minit sebelum mendarat kami pun berniat haji.Kami tidak membayar dam kerana merasakan kami berniat di miqat kerana belum mendarat di Jeddah.Apakah keputusan ini betul,jika salah apa yg perlu kami lakukan kerana sekarang kami berada di Malaysia.Minta hukum yg sebenar..

SJ-09-0026 : Niat Haji Di Jeddah

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Jika anda berniat ihram lima minit sebelum kapal terbang mendarat di Airport Jeddah, maka sudah pasti anda sudah dikira melepasi miqat tanpa berniat. Kerana kedudukan antara Qarnul Manazil dan Jeddah adalah terlalu jauh. Qarnul Manazil terletak di Timur Kota Mekkah, manakala Jeddah terletak di sebelah Barat Kota Mekkah. Daripada Qarnul Manazil ke Jeddah, kapal terbang akan melintasi Kota Mekkah terlebih dahulu.

- Tindakan berniat ihram sebaik sahaja tersedar bahawa anda sudah terlepas sempadan Qarn al-Manazil adalah keputusan yang tepat. Kerana, tidak mungkin pada waktu itu, dapat berundur balik ke kawasan miqat.

- Walaubagaimanapun, ia tetap dikira sebagai satu kesalahan yang dikenakan dam, walaupun tidak berdosa kerana tidak sengaja.

- Dam yang wajib ialah: setiap orang membayar seekor kambing, yang mesti disembelih di tanah Haram Makkah dan dibahagikan kepada fakir miskin di sana. Maka, boleh diwakilkan kepada mana-mana pihak berkenaan, seperti travel2 haji dan umrah untuk disempurnakan dam itu.

Wallahu A'lam.